Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Rabu, Jun 17

Gombak

Suatu masa dahulu

Ketika empayar dinasti Khan sedang sibuk meluaskan pengaruhnya,wujud sebuah kerajaan yang bertapak di daerah Gombak.Pengaruhnya meliputi sepanjang tebing sungai Gombak.Kerajaan ini diberi nama Republik of Gombak oleh pemburu-pemburu haram ingeris yang suatu ketika dahulu terkenal dengan memburu tumbuhan dan binatang eksotik.

Pusat pemerintahan Republik of Gombak terletak di Kayu Hijau.Kayu Hijau terletak agak jauh dari sungai Gombak atas tujuan keselamatan seperti ancaman babi hutan,serangan hendap kesultanan Selangor dan tokan candu dan ganja yang secara majoritinye lebih kaye dari Republik of Gombak itu sendiri.Walaupun kerajaan yang terbentuk membawa nama republik,Republik of Gombak tidak mempunyai sebarang presiden,sultan atau sesuatu yang sekutu dengannye.Mereka memiliki sebuah badan yang diberi name ala2 ingeris The Council of Men.Mereka bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kemajuan yang bakal naik di daerah Gombak.

Kehebatan Republik of Gombak memang tidak boleh disangkal.Kerajaannya wujud se awal kewujudan kerajaan Majapahit dan masih bertahan selepas Majapahit kene tapaw dgn penjajah Belanda.Republik of Gombak juga mempunyai sekumpulan tentera elit yang diberi name ingeris Buffalo Soldier.Mereka mahir dlm pertempuran dkat kawasan sungai.Sebut sahaja tektik dan cara serangan yang melibatkan sungai,mereka boleh melakukannya tanpa masalah.Kelebihan tersebut telah menyebabkan kemakmuran disepanjang sungai Gombak.

Tetapi;

Pada abad ke-18,Republik of Gombak perlahan2 menjadi sampah akibat sikap acuh tak acuh penduduknye.Mereke lebih gemar melepak sambil main dam di kedai dkat pekan Gombak daripade kerje ataupun bende2 yg berfaedah.Oleh kerena kerajaan ini digomen oleh rakyat,Sultan Selangor dengan muke kereknye menyerang Gombak untuk merampas kawasan tersebut.Dan serangan itu berhasil dalam mase 40 minit sahaja kerane ramai warge Gombak tengah tido waktu itu.

Akhirnye kerajaan Republik of Gombak tumpas dan kawasan mereka dibawah jajahan Selangor;sampai ke hari ini.Kalu korang sume pegi Gombak,kawasan bas Greenwood tu kawasan kerajaan Republik of Gombak.Pahlawan Buffalo Soldier banyak lepak dalam hutan lepas kene tawan dan tak pasal2 kene label orang asli.Tak percaye?Tanye old-timer kat situ wujud tak Republik of Gombak...

Selasa, Jun 16

Medula Oblongata

Otak aku mengalami serangan saraf yang tidak berbelah bagi


Menyebabkan aku tak mampu nak mengarut


Otak aku telah menjadi lurus dan bendul tanpa bengkang bengkok


Jadi


Marilah kita minum milo kerana;


Minum milo anda jadi sehat dan kuat!

Isnin, Jun 8

Mat Salleh

Hai oreng Malaysia.Nama sayyae Daniel Rockonbebeh.Tetaypi sayyae suwka oreng Malaysia panggil sayyae Ahmet Dayni kewrana mewreka chakap muwka sayyae samma machem itu pewnyanyi kumpuwlan Dewa.Den sayyae suwka lagu Dewa.Sayyae berasal dari United Kingdom.Tetaypi sayyae suwdah tinggal di Malaysia hempir 3 tehun.

Sayyae suwka tinggal di Malaysia.Sayyae suwka oreng Malaysia kewrana mewreka selaelu lihat muwke sayyae sembil buat muwke terkejut.Dan di sini,sayyae machem raja.Mewreka,oreng Malaysia sangat suwke oreng puwteh.Kalau sayyae di London,sayyae hanyelah seowreng pencawcar nejis.Selepas sayyae kumpul banyek duwit,sayyae terus daeteng ke Malaysia.Sebab,kawan sayyae juwga berada di Malaysia dan dia suwdah kawen samae itu oreng melayyu.Jaydi,kawan sayyae yeng memberitau sayyae tenteng Malaysia pada sayyae.

Sayyae suwka mawkanan di Malaysia.Kewrana sayyae bowleh makan apa saja yeng saya mahu.Di sini banyak kewdai makan twenty four hours.Jadi,sayyae tidak akan mati kelaparan.Sayyae malas mau bewritahu ende semua apa yeng sayyae suwka makan kewrana sayyae tahu anda semua malas uwntuk dengar apa yang sayyae chakap.Sayyae buwkan oreng puwteh bowdow.

Tewtapi,sayyae sangat suwka Malaysia kewrana Malaysia ada rempit.Yes,met rempit.Di London,rempit tidek ada kewrana rempit itu perwkataan oreng melayyu.Sayyae suwke teingok met rempit membuat eksi2 genes.Mewreka are totally cool.Sejak itu sayyae


***********


Cerite ini tidak dapat diteruskan kerana Daniel Rockonbebeh dilanggar oleh trela kontena.Cerita ini diceritakan olehnya melalui telefon sambil menunggang tanpa kaki motor RXZ nya

Jumaat, Jun 5

Pusing pusing

( AWAS : CERPEN INI BERJELA )


Bunyi permainan komputer RTS sedang berkumandang di udara.Kedengaran bunyi 'unit lost' bertalu-talu keluar dari pembesar suara komputernya.Diselangi dengan suare 'our base is under attack'.30 saat kemudian,suare seorang awek kluar dari pembesar suara tersebut menyebabkan Azhar bengang sambil menghentakkan tetikusnya ke lantai...


"You have been defeated.."


"Ah c*pet arrr.main tak sampai 5 minit dah kalah.baik tido lagi layan"ujar Azhar sambil buat muke tensen same macam muke peminat Kelantan FA Cup Final bulan lalu.Azhar terlentang di atas katilnya.Melihat akan putaran kipas sambil memikirkan masa depannya yang tak la gelap sangat.Boleh tahan cerah jugak arr tapi tak cerah mane sangat.Lepas tu,dier nyale sebatang rokok Dunhill 14 Tekak Belobang sambil mengire putaran kipas syiling yang dipasang full speed

Sedang enak melayan blues,tiba tiba,

jeng jeng jeng

Kedengaran bunyi tapak kaki menghala ke biliknya.Azhar pelik.Mane ade orang dkat rumah ni selain dia?Rakan-rakan beliau sume dah brambos balik cuti sebab hosmet Azhar semuenye budak ACCA(hehehe).Azhar pulak adalah seorang pekeje Starbucks yang agak berjaya sebab dah keje dkat situ selame 3 tahun.

Ah pegi mams la.malas nak layan cuak.tido lagi cun la.Azhar agak cuak sebentar tadi.Tiba-tiba fikirannya melayan terpikir pasal hantu nak datang chill dkat bilik dia.Bodo jugak Azhar ni sebenarnye.

Rokok yang dilayan tadi dah pon abes.Jadi Azhar cube untuk tido.Tengah dok layan lagu Faith nyanyian 7cts.Siap nyanyi penuh semangat tu macam tgh dengar diorang main live,ramai-ramai nyanyi...

Tiba-tiba,

Secara tiba-tiba,

Lambat jugak la tiba,

Tapi pasti akan tiba,

Kepale Azhar berat.Bukan kerana ade guni berisi beras 20kg tetapi Azhar mengalami sakit kepale.Kesakitanya itu menjadi-jadi.Sakit kepale yang dialami oleh Azhar menyerang dengan pantas sekali.Seolah-olah ianya telah menawan hampir seluruh otak Azhar.Dia merasakan kepalanya sedang mendayung kiri,mendayung kanan.

Sakit nye kepale aku ni.Rase macam tengah naik sampan.Naik sampan tak sakit camni.

Bisik Azhar dihati sambil mengusap2 kepalenye dengan harapan,dapat meredekan kesakitan yang dialaminya.Denyutan itu semakin lama semakin menjadi.Kesakitan dalam otak Azhar sedang berpusing di dalam otaknye.Ala-ala rollercoaster.kiri kanan atas bawah depan blakang.
Dia tidak mampu untuk menahan kesakitan yang dialami.Azhar hanya mampu untuk duduk diam sambil melayan sakit yang melanda di medula oblongatanya.

Sedang seronok Azhar melayan sakit kepalanya,dia ingin pergi menjalankan tugas seorang manusia normal.Bak kate mat salleh,nature calls.Bak kate orang putih,making chocolate cake and/or apple juice.

Aduh...dah la sakit otak,sakit perut lak tu.C*pet ar.Lepas ni ape lak?Sakit mata?

Elok je Azhar cakap camtu,

Pemandangannya menjadi biru.Biru seolah-olah PS2 baru ditutup dan lupe tutup tv.Azhar seolah-olah hilang daya pengemudian badannya sendiri.Lalu dia rebah.Tapi nasib baik tak terhentak kepale dkat bucu meja kerana Azhar berjaya merampas kembali badannya.Azhar kelihatan semakin sasau.Muke macam orang yang baru lepas pekene dadah.Namun itu adalah tidak mungkin kerana,

Azhar adalah budak skema.Dia tidak pernah melakukan bende2 yang diabelkan jahat oleh masyarakat-dunia-yang-terlalu-patuh-terhadap-jari-Amerika.Semua yang dikehendaki mereka Azhar telah turuti.Eh silap,bukan semua.Hampir semua.Kerana Azhar adalah seorang perokok dan pernah teraba tetapi diakhiri dengan sengaja,tetek orang mase naik LRT Putra dkat stesen Masjid Jamek.Perkara itu berlaku semasa Azhar menuntut di St. John Institution,Kuala Lumpur sewaktu Azhar berumur 16 tahun,iaitu tingkatan 3 kerana Azhar dulu masuk Maahad Muhammadi,Kelantan dan kat sane ade tahun peralihan bahase arab.Tetapi,tamatnye tahun peralihan tersebut,dia dibuang kerana kantoi membawa sejumlah besar CD blue untuk dijual.

Setelah melangkah dengan bapak pelahan,kalah siput babi,Azhar berjaya tiba di bilik air.

Tiada perkara yang pelik berlaku terhadap Azhar semase beliau beron.Walaupun sebenarnye ade,tapi malas nak cerite la.Sebab kejadian yang berlaku itu terlalu jijik,sehingga Azhar sendiri tidak dapat menerima bahawa menatang itu keluar dari ketakmaluan nye.

Sesudahnye melepas,Azhar tampak segar.Muke macam baru lepas berak.Dia pon terus belagak riang ria suke suki padahal kepale dier bedenyut macam ade bom nak meletop kejap lagi.Tengah-tengah jalan tu,tetibe Azhar dahage.Dia pon turun la bawah.Tapi,tibe-tibe dier berhenti.

Eh?Kat bawah mane ade ape2.Lupe lak.Nak kene beli la gamaknye ni.Dah la lapa gile

Azhar pon meraba pungkok kirinya.Nak carik dompet Louis Vuitton.

Eh?Mane dompet aku?

Baru dia teringat yang dia sorok dompetnye dalam baldi baju kotor.Azhar berbuat sedemikian kerane budak umah dier banyak pencopek.Walaupun mereka suma dah takde bercuti,ianya tetap menjadi kebiasaan buat Azhar untuk sorok gak mane tau ade yang cakap nak balik tapi tak balik lagi pastu duti kene kebas tinggalkan 70sen buat lepas beli rokok sebatang.

Azhar pon naik la tangge tu balik.Mase tengah naik tangge tu,Azhar nampak sawang yg bersepah di hujung rumah itu.Tengah kepale layan pening,Azhar bukan terlihat akan sawang,namun labah-labah sebesar sawang.Bapak besar.Macam penyu melekat kat dinding tapi 8 kaki.Bukan 8 kaki tinggi.Tapi mempunyai 8 kaki iaitu 4 pasang kaki,kot.

Azhar tergamam

Azhar tidak mampu untuk berkata apa-apa.Ini adalah pertama kali dia terlihat akan kejadian sebesar itu.Tapi,Azhar tak takut.Malah,Azhar tertawa melihat lelabah tersebut.Mengapa dia tertawa,menjadi tanda tanya.Tapi kompom ar memang dier nampak lelabah bagak tu.Bukan crite lebat ar.

Semase Azhar membuke pintu,kedengaran bunyi agak pelik datang dari biliknye.Dia berhenti membuka pintu.Adakah itu pencuri?entah la.Tapi,atas berkat Azhar menyertai Kem Biro Tatanegara,dia menjadi selambe katak membuke pintu itu...

Rupe-rupenye member Azhar,Stepek.Stepek adalah sedare Azhar yang p*kimak,bagi Azhar.Kerana,Stepek adalah stepek.Macam selipar kene balik tepek dkat muke.Pastu bile kene kat muke akan kluar bunyi "PEKK! (bunyi yg asli adalah datang dari selipar jamban)".Macam tu la Stepek.Selalu kene tepek kat muke.Tak kesah la ape.Sebut je macam-macam dah singgah dkat muke Stepek.Paling ganas penah kene ade orang kasi tepek muke Stepek muntah dalam beg plastik.Maut dow.Bertepek-tepek Stepek kene.Stepek mase kene tu,rase macam nak tepek je orang yg tepek muke die tapi tak boleh nak buat ape-ape.Sebab dia sedar bahawa dia adalah Stepek,mangse tepek....



Stepek : Weh ko ade nampak tak rokok dunhill spesel aku?

Azhar : Ade.tapi aku dah hisap sebab aku sangap.apesal ko cakap dunhill spesel?

Stepek : Ala mat lu potong la brade.Tu harapan terakhir gua sial dow

Azhar : Harapan terakhir ko?ape ni?aku tak paham dow

Stepek : Tadi wa chai barang last gua.Ingat nak kene lepas mandi.Potong arrr...

Azhar : Jadi tadi aku isap bukan 100% rokok la?

Stepek : hehehehehehehehehehhe





Rupa2 nya Azhar telah menghisap dadah tadi.Patut la bangang semacam.Kemudian,Azhar mandi dan gerak p semayang Jumaat.Pegi awal dapat air sirap dengan pisang free










sekian,