Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Jumaat, Julai 24

Bahasa Malaysia

Karangan ini di dalam bahasa ingeris,sekian







What the f*ck?






Maaf la rakan-rakan.aku tak mampu la nak mengarut bahase ingeris.Susah dow.Macam kene pakse makan panadol sebab sakit perut.Kalau stakat poyo-poyo nak buat lirik bahse ingeris boley ar.Itu pon bnyk ciplak lagu melayu kasi tukar,putar,sesar jadik lagu bahse ingeris.

Walaupun kapal terbang mampu terbang tanpa penumpang,namun ianya tetap tidak boleh terbang kerana penumpanglah yang membayar minyak kapal terbang tersebut

Begitulah senario yang dapat aku lihat sekarang.Same macam dengan ungkapan di atas.Walaupun ramai anak malaya,tidak kira siapa anda,mampu berbicara dalam bahase melayu,namun mereka tetap nak poyo-poyo berbahasa ingeris sebab bajet bergaye mcm mat salleh.Dan untuk membuatkan kopi Starbucks 8 ringgit itu lebih panas,sesame melayu pon nak speaking.

Ape l*ncau wei?

Budi bahasa budaya kita.Takkan korang sume tak pernah dengar perkataan tu?RTM siap buat lagu lagi gune lirik ni supaya warga malaya dan warga borneo ingat akan keutuhan bahasa kita.Bahase melayu.Namun,dalam konteks millenia skarang ni,adalah tidak seswai sekirenye ianya dipanggil bahase melayu.Lebih wajar agar ianya dipanggil Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia

Sebuah bahasa yang unik,dimana bahasa itu secare majoritinye adalah bahase melayu,dan diselitkan sedikit bahase cina dan bahase india mengikut kesesuaian.Kerana,bahase melayu itu sendiri adalah bahase ciplak.Mencampurkan semua jenis bahase yang wujud di dunia ini,mengambil yang mana mudah untuk digunakan dalam bahase melayu itu sendiri,dan menjadikkan perkataan itu perkataan bahase melayu.

Namun

Sejak akhir-akhir ini

Aku mula sedar

Walaupun aku sendiri ingin mengaku,bahawa aku juga melakukannya tanpa disedari

Bahase Malaysia itu sendiri sudah terlalu rojak dengan bahase ingeris.Mana-mana perkataan yang bagi mereka tidak ada dalam kamus-minda-sempit mereka,mereka terus menyondol bahase ingeris itu bulat-bulat dan dengan selambe kataknye menjadikan bahase itu sebahagian dari bahase Malaysia.Kalau yang berbuat sedemikian itu adalah orang bukan melayu,boleh la difahami kerana tidak semua orang bukan melayu petah berbahase melayu kerana mereka mempunyai bahase lain sebagai bahase pertuturan.Kalau dicampur-adukkan dengan bahase mereka sendiri,sudah pasti kekeliruan akan wujud.Tetapi,yang rajin buat bahase Malaysia mat salleh poyo ini bukan nye orang cina,bukannye orang india,bukannye mat siam,tapi orang melayu malaya itu sendiri.


Malas la nak cite panjang-panjang.Nanti sah kene tembak balik sebab aku akui,aku pon ade jugak terguna perkataan ingeris untuk melengkapkan ayat bahase Malaysia aku.Tapi,bukan salah aku sebab aku buat macam tu.Ini semua salah persekitaran aku yang penuh dengan mat @ minah melayu bajet blaja dkat UK 10 tahun.Dan atas alasan untuk mudah bergaul dan ketandusan warga melayu di persekitaran institusi pengajian aku,lepak je la dengan bebudak "up-trend" ni.Baru arr stylo milo biskut rendam kopi-o

Bla la wei

Negara kita ni dah nak masuk 52 tahun merdeka.Tapi,bahase kita masih lagi dijajah.





Renung-renugkanlah





p/s - Arktikel aku ni boleh mengukuhkan lagi tak kedudukan aku yang hampir setaraf dengan sasterawan agung malaya,Dato' A Samad Said?

Selasa, Julai 21

Anak Emas Tanjung Karang

HAAAAAAAA

Adakah kalian telah menyaksikan persembahan magik yang telah disampaikan oleh beliau??

Dua jaringan gol yang mantap

Dan bukan sebarang jaringan gol

Jaringan gol yang dibuat ketika menentang sebuah kelab gergasi eropah terkemuka(bak kate peminat mereka) yang bernama Manchester United

Baik Edwin Van Der Sar mahupun Scott "stupid" Carson,kedua2nya telah terpedaya dengan kelicikan anak kelahiran jawa + melayu

Malah

Ada yang dikalangan blogger bola sepak ingeris menyuruh Sir Alex Ferguson untuk memberi beliau satu percubaan untuk bermain bersama Manchester United

Dan beliau adalah pemain yang disanjungi oleh pasukan Malaysia

Dan beliau adalah pemain yang paling berkarisma dan konsisten dalam pasukan Selangor

Dan beliau bakal menolong pasukan Merah Kuning,King of Malaya untuk mara dengan lebih gah di musim ini

Dan beliau adalah





perlu ke aku sebut name brader tu?takkan korang tak kenal kot....

Khamis, Julai 16

Abad ke-21

Dunia kini kian bergolak

Peperangan meletus di segenap pelusuk bumi

Peperangan yang tercetus atas dasar tamak haloba seorang penghuni bernama manusia

Tidak kira masa,siapa dan dimana

Dunia kini kian berubah

Berubah lebih laju dari putaran bola daratan dan lautan

Berubah ke arah yang negatif

Bukan positif

Bukan yang memberi manfaat kepada rakan se-spisisnya

Malah menindas

Dan mempergunakan dan mengotak katikkan perkataan yang dipanggil keamanan dan hak asasi manusia

Bukan mereka tidak sedar perkara sedemikian adalah salah

Bukan mereka tidak tahu akan unsur2 kedamaian

Bukan mereka tidak tahu akan keburukan yang melanda jika perang tercetus

Tetapi

Jika duit menjadi pujaan

Jika pangkat menjadi kegilaan

Jika nama menjadi ukuran

Inilah hasilnya

Sebuah planet yang diberi nama bumi

Oleh isi kandung penduduknya sendiri

Yang tergila-gila akan perkataan globalisasi

Jumaat, Julai 10

Spektakular

Akhirnya aku kembali ke alam dunia celoteh moden.Tempat aku boleh mengarut karut sampai larut air kelapa laut sambil mencarut.Kebangkaian terpampang di celah kuku jari hantuku yang sedang melombong emas sebab aku malas nak mengemaskini laman blog aku.Kebangkaian yang melanda telah melumpuhkan sistem saraf perkembangan minda aku.

Mungkin sebab aku tak minum Dugrow Enfa+ baru dengan DHA kot

Minda@otak aku menjadi roller coaster(takde perkataan melayu ke untuk mende alah ni?) setelah berlaku pemberontakan di satu kawasan di dalam kepala aku yang diberi nama oleh para saintis barat Medula Oblongata.Sebuah nama yang agak bergaya kalau hendak diberikan kepada nama kugiran yang rase mereka cukup sex,drugs and rock n' roll di atas pentas tetapi mendendangkan lagu pop-pop meletop kedebabom macam Lindsay Lohan,Paris "Stupid" Hilton,Skudap Skudip.

Medula Oblongata ini adalah salah sebuah komponen yang terdapat di dalam stuktur badan manusia biasa,macam aku bukan kau.Ye kau la.Yang tengah bace tu.Kewujudannya adalah sama dengan kewujudan stering kereta.Kalau stering kereta itu bukan power stearing,pasti susah nak buat side parking kan?Begitulah hendaknya fungsi Medula Oblonganta.Menyambung wayar lintar pintasnya yang lagi gempak dari fiber optik,melalui tulang belakang.Kalau tak paham,aku cakap pasal urat tunjang.

Kita ketepikan masalah Medula Oblongata ini.Sebelum aku tipu korang tentang sains yang mane aku sendiri pon gagal dalam Biologi,baik kita campak jauh2 masalah berbangkit ini

Jadi dengan itu,iaitu sekarang,bukan dulu,kini dan selamanya,aku sudah mampu untuk berfikir dengan lebih kurang unsur waras.Sebuah pemikiran yang amat diperlukan untuk menulis atau merepek sebuah kerepek kacang.Tanpanya,kucing pon mengharapkan berudu untuk merasa makanan yang diberi nama ikan.Tapi,untuk kucing,berudu bukanlah seekor ikan.Berudu adalah sejenis mercun pop pop yang mana apabila ia dibaling ke dinding,berkecailah ia.Sama macam pop pop,tapi takde bunyi letup.Yang wujud hanyalah bunyi "PEK!" setelah berlaku berlanggaran tidak simetri antara berudu dan dinding tersebut.Atau bunyi yang datang dari mulut sendiri

Namun,ape yang pasti,single baru The Times memang mantap!Hanya boleh di dengari ketika The Times melakukan persembahan siaran langsung.






SELAMAT MALAM WARGA MINIMALIS MALAYA