Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Khamis, Ogos 27

Tentang Kelajuan

Burung berkicau memecah kesunyian.Daun kering berterbangan di udara hasil daripada tiupan angin malam yang agak kencang.Kelihatan pokok-pokok besar yang menghiasi jalan raya,menari mengikut irama angin malam.Beginilah suasana bandar Kajang tatkala bulan tegak di atas kepala.Sebuah bandar kecil yang mati apabila jam menjarumkan dirinya ke arah pukul 10,malam.

Sedang enak sang tikus melapah sampah,kedengaran derusan eksos yang begitu nyaring.Bunyi yang datang itu bukan hanya satu,tapi dua bunyi eksos yang berbeza bunyinya.Kedua-dua motokar itu berhenti apabila lampu isyarat mengeluarkan warna tanda berhenti.Bandar Kajang bergema.Gemaan yang dihasilkan mampu membuatkan kucing tak duduk diam.Nissan Fairlady 350Z perak dan Mitsubishi Evolution Lancer XII merah saling beradu bunyi deruman enjin dan eksos sambil menunggu lampu hijau menyala.Kelihatan mereka saling mengemukan cabaran antara satu sama lain.Sudah menjadi lumrah pengguna kereta kuasa kuda besar untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat.

VROOM!
VROOOOOOOOOOM!

Petrol disia-siakan begitu sahaja tetapi bagi penggunanya,ianya bukan satu pembaziran.Ianya adalah satu kepuasan.Walaupun kereta mereka berada dalam keadaan statik,mereka tetap memijak pedal minyak supaya kereta sebelah boleh dengar bunyi enjin dan eksos mereka.Namun,pemilik kereta 350Z tidak berpuas hati dengan bunyi enjin sahaja.350Z dengan kereknye telah meningkatkan bunyi audio yang dihasilkan olehnya.Lantas lagu-lagu feng tau berkumandang di langit,walaupun 350Z itu tidak membuka tingkapnya.Jelas sistem suara 350Z memang bagus.Bunyinya yang bersih dan tiada bunyi pecah akibat pembesar suara cikai buatan China.

Mitsubishi Evolusi ke-7 kelihatan agak panas

Berbekalkan sikap tak nak kalah,Evo 7 tersebut juga dengan kereknye menenggelamkan bunyi lagu feng tau yang berkumandang dari 350Z tersebut dengan lagu besi berat (heavy metal) hasil nyanyian Koffin Khronicles.Bukan stakat itu shaja,pemandu Evo 7 itu dengan selambe mak bapak dier telah membuka pintu keretanya dengan care yang sungguh berbeza dengan kereta keluaran terus dari kilang.Pintunya dibuka dan menghala ke atas,bukan ke arah sisi.Pemandu 350Z merasa agak terkilan.Mengapa bapa beliau tidak memberinya duit lebih untuknya supaya keretanya juga dapat membuka pintu sama seperti Evo 7 tersebut.

Cakap banyak tak gune
Mai lumbe le

Itulah maksud yang cube dimaksudkan oleh kedua-dua buah kerete tersebut.Dah kalau keje kedue-due ekor berok tu nak tekan pedal minyak acapkali tapi gear neutral je,ape lagi maksudnye kan?

Lampu isyarat masih lagi berwarna merah.Tetapi ianya bakal bertukar menjadi hijau sebentar sahaja lagi.Kedua-dua Evo 7 dan 350Z semakin garang.Langsi maut wa cakap lu.Dah habis cilake dah mereka berdua.Kalau orang pekak lalu sebelah kereta mereka,pasti tidak akan pekak lagi sebab bunyi eksos mereka memang teramat amatlah sangat bingit!

TING!

VROOM! VROOOOM! KECHING!(bunyi turbo) VROOOOOOOOOOOOOOOOM!

Mereka berlepas dengan rakusnya sebaik sahaja lampu isyarat bertukar menjadi hijau.Adakah mereka sudah tidak kesah akan harge minyak yang macam lahanat dan ditambah dengan kereta mereka yang memang gampang telan minyak macam budak telan air sejuk ponteng puasa?

Tiba-tiba

Kedengaran bunyi Ding Dong Ding Dong








"AH sial la tinggal 5 minit je.Save dulu arrr game ni.Nak sambung takde duit lak.Esok je arr setelkan race ni.Bantai main 2 jam.Kompom abes punyelah"

Rabu, Ogos 26

Kebab 5 amah

Damnasi la sial

Lame la jugak aku tak kemaskini halaman lahanat ni

Nak kate malas,malas la jugak.tapi aku nak gune alasan lain.

Aku sekarang ni sudah beralih arah,beralih angin dengan menjadi seorang budak yang konon-kononnya rajin belajar

Dan atas sebab itulah aku sudah tidak mengemaskinikan laman blog aku.Walaupun aku belajar sehari tak sampai satu jam dan lepak depan komputer hampir separuh hayat aku dalam sehari

Tapi aku tetap malas nak kemaskini

Sebab sejatinya aku nak berlakon depan orang ramai bahwa aku sekarang ini adalah seorang siswa yang rajin menelaah buku ilmiah dengan harapan tidak akan mendapat jolokan Van Wilder dari rakan-rakan seperjuangan walaupun ade segelintir dari pok*mak ini telah memberi jolokan tersebut padaku

Ala keco lebey arr lu mat!

Korang sume pon Van Wilder macam aku gak!

Tapi

Ape yang pasti

Selamat buang masa di bazaar Ramadhan

Manyak syiokkk woooo

Bukan setakat dapat kurangkan pahala sebab beli makanan sampai tahap membazir

Tapi dapat kurangkan pahala ke tahap maksimum gile babs sebab dapat usha gadis-gadis cun dan seksi yang mana kalau dah tenung tu,busuk-busuk 5 saat arr mate melekat dekat satu bahagian

Dah lu pakai baju camtu,memang arr wa usha beb.bukan salah wa.salah lu



Tapi,
Lebih baik tak dapat pahala puasa daripada dapat dosa sebab tak puasa,kan?