Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Khamis, Oktober 22

Satu Budak Hitam

Aku ade seorang kawan.Name dier Arep (bukan name sebenar).Dia seorang melayu tetapi selalu kene kutuk dengan kawan-kawannya atas kegelapan kulitnya.Oleh itu,beliau sering dipanggil nama-nama yang berkaitan dengan warna kulitnya.

Pada satu hari,Arep telah keluar bersama rakan-rakannya untuk makan nasik talam ala arab dkat Kuala Lumpur.Kawasan tersebut sering kali disalah anggap sebagai Ampang namun orang bodoh je panggil tempat tu dekat Ampang sebab Ampang dkat Selangor bukan KL BODOH!.Jalan Ampang je ade dkat KL.

Arep dan rakan-rakannya pegi makan kat sana atas pelawaan rakan Arep,Bobo(bukan nama sebenar) untuk membelanja Arep dan rakan-rakannya.Setibanya disana,Bobo telah meminta nasik talam KAMBING sebanyak dua talam untuk memenuhi keperluan rakan-rakannya yang semuanya kaki pelahap dan mempunyai ukuran BMI antara lebih berat dan obes.

Tetapi,nasik talam itu memerlukan mase yang agak lame untuk siap.Arep dengan tensennye menunggu akan kedatangan makanan tersebut.Sambil menunggu,Arep mengajak rakannya yang lebih tua daripadanya,Farid(bukan nama sebenar) untuk bermain tutup botol dengan harapan dapat membuang masa padahal mereka berdua memang buang tabiat main permainan budak skola 90-an.Budak sekarang pon dah tak main tutup botol.Diorang main Tuwtoup Bowtowl on iPhone.

Apabila nasik itu sampai,Arep dan rakan-rakannya begitu lahap sekali menjamah makanan tersebut macam orang tak makan 3 minggu kecuali salah seorang rakan Arep,Ijat(bukan nama sebenar) yang poyo-poyo diet taknak makan banyak.Ijat telah memberi alasan bahawa dia telah dipaksa oleh rakan serumahnya,Leman(bukan nama sebenar) untuk makan makanan Jawa banyak-banyak pada petang tersebut.

**********************

Apabila operasi melapah nasik talam itu bertukar menjadi operasi terpakse habiskan makanan,rakan-rakan Arep semuanya telah menyerah kalah kerana tidak tahan untuk menyumbat lagi.Mereka semua kekenyangan.Namun,nasik masih banyak lagi.Arep,dengan sistematiknya,telah menghabiskan nasik-nasik yang ade atas talam tersebut dan telah berjaya membuatkan rakan-rakan obesnya itu malu seperti anak babi berjalan jauh dari maknya kerana maknya itu babi.

Akhirnya,Arep telah berjaya menghabeskan nasik itu dari membazir.Arep memang hebat.Dia mendapat pujian yang agak banyak dari rakan-rakannya.Lalu,Arep pulang kerumah dengan hati yang tak gembira sebab rase macam nak cirit dan Arep ade latihan konon-konon askar tapi tak askar mane pon pade esok pagi

Sabtu, Oktober 17

Menuju Puncak II

"Kau tau tak pasu yang ko kasi pecah tu sape yang bagi?HAH?ko tau tak?Cukup la sebab kau suami aku mampos.Sekarang peninggalan suami aku pon ko nak hilangkkan dari muke bumi ni"Tempik Mak Limah dengan sepenuh hati ditelinga kanan Siti Payung.Habis bergegar telinga Siti.Dengan muke penuh dengan efek kesedihan,Siti membalas "Maaf la mak.Siti bukannye sengaje.Lagipon mak taruk pasu tu atas pastu bunge kecik.Memang la pasu tu tak stabil,senang nak..."Tak sempat Siti nak habiskan ayatnye,Mak Limah dengan sepantas kilat mencelah,"Sape mak kau?HAH?cube ko cite sikit sape mak kau?ko ingat aku nak ke anak tak gune macam ko.Buat prabis boraih aku je"

"Sampai hati mak cakap Siti macam ni.Siti ni anak mak.Kalau mak tak mengaku Siti ni anak mak,baik Siti kluar dari rumah ni je"ujar Siti sambil mengesat air mata yang berlinangan di pipi.Tersentak dengan kata-kata dari mulut Siti,Mak Limah kelihatan gumbira tapi tetap cover line buat-buat muke marah.Mak Limah terdengar kata laluan lampu hijau untuk menghambat kluar anaknya yang cun itu.Dengan pantasnya,Mak Limah berkata,"HAH!Brambos ko dari rumah aku.Aku dah lame dah nak halau ko kluar dari rumah ni tapi sebab ko ni budak lagi aku bela la ko lagi.Dan ko ni skarang dah sampai tempoh matang,ape kate ko bla je dari rumah aku?

Siti terpaku

Adakah ini kata-kata yang kluar dari mulut ibu kandungnya sendiri?

Adakah benar ibunya masih waras atau sudah bertopengkan syaitan?

Namun,Siti pasrah.Siti lantas bangun dan masuk kebiliknya."Siti kemas barang Siti dulu ye mak?"ujar Siti dibalik langsir sambil buat efek filem hindustan.Mak Limah pon ape lagi,dengan slambe kereknye menyahut,"Cepat sikit.Jangan ko lame sangat sudah.Lagi awal LAGI bagos.Dah tu jangan ko nak mengade-ngade nak ambik barang banyak.Tu barang arwah suami aku.Bukan barang ko"

Dalam mase tak sampai 8 minit 31 saat,Siti kluar dari kamar tidurnya dengan satu beg sandang dan satu beg galas.Diseret kakinya sambil melangkah sebagai tanda keberatan untuk meninggalkan rumahnya.Tiba-tiba,Siti terdengar bunyi hon kereta dari luar rumah.Lalu Siti mengintai melalui tingkap dan nampaklah kelibat kereta belang merah putih diluar seolah-olah sedang menunggu seseorang."Ni ha aku dah panggilkan teksi untuk ko.Jangan risau.Free of charge.Sebab lepas ni takde dah orang yang akan membazirkan duit aku lagi.hahahaha"ujar Mak Limah keriangan.

Mak Limah memang betul-betul nak halau Siti Payung dari rumahnya...

Dengan perasaan berat hati,Siti Payung meninggalkan rumah pusaka arwah ayahnya itu...

Namun,sejak berambusnya Siti Payung dari rumahnya dan Mak Limah,keadaan rumah tersebut menjadi tidak menentu.Rumah bersepah,barang diletakkan merata-rata,laman penuh dengan semak samun,kolam ikan dah jadik kolam katak dan banyak lagilah.Kalau nak cite semuenye mau makan 7 posting.Mak Limah pulak,dah macam pontianak hilang syampoo.Serba tak terurus.Baru seminggu Siti kluar dari rumah tersebut,dah jadik kacau bilau.Baru la Mak Limah sedar akan betapa pentingnya anak daranye dalam infrastruktur dekorasi dan penyelenggaraan rumahnya itu.Selama ni mane la Mak Limah nak perasan,keje kluar pagi jual barang LampeBerger malam balik tidur hari minggu bangun komplen umah bersepah.

Mak Limah sedar akan betapa pentingnya anak daranya itu.Lalu dia nekad untuk mencari dan memujuk anaknya itu pulang ke rumah semula agak rumahnya itu kembali kelihatan seperti rumah.Mak Limah mencari Siti Payung disekitar Kampung Sedondon Sireh.Tiada siapa pernah melihat anaknya itu dikampung itu.Dicarinya juga di beberapa kampung sebelah namun hasilnya,seperti biasa,bagai habuk hinggap diatas buku.Lantas dicarinya juga akan Siti Payung di pekan Gua Musang.Pon same jugak.Haprak.Dan tiba-tiba terlintas dalam otak separa geliganya untuk mencari anaknya diluar jajahan Gua Musang.Tapi Mak Limah mane la pernah kluar dari jajahan Gua Musang.Paling jauh pon pernah pegi Kuala Krai skali sebab adek dier kawen.

Genap tiga purnama kehilangan anak dara Mak Limah,Siti Payung hilang dari pangkuannya.Setiap hari Mak Limah berdoa kepada Yang Maha Esa agar Beliau membolehkan Mak Limah menatap muka anaknya yang cun melucun ala-ala Kim Kardashian sekali lagi.Kadang kala,Mak Limah merasa bersalah kerana kehilangan Siti mungkin adalah salah Mak Limah sendiri.









Bersambung lagi skali dan lepas ni last punya.Tak tipu punya beb.Pernah aku tipu korang?

Ahad, Oktober 11

Kambing,Daging,Ayam

Hari ini memang indah.Kalau boleh diceritakan dengan kata-kata,pasti kambing muntah darah kerana kata-kata yang digunakan amatlah berbunga-bunga






HARIKU DIPENUHI DENGAN SATAY PERCUMA LA SIAL!



Kan seronok kalau hari-hari camni?
hahahahaha





dan aku tengah siapkan sambungan cerite bodoh ni.buat sesiape yang ade bace cerite tu tunggu la sat noooo.aku baru nak reke jalan cerite.susah la jugak nak buat cerite ala2 novel sastera melayu darjah 6

Jumaat, Oktober 9

Menuju Puncak

Genap tiga purnama kehilangan anak dara Mak Limah,Siti Payung hilang dari pangkuannya.Setiap hari Mak Limah berdoa kepada Yang Maha Esa agar Beliau membolehkan Mak Limah menatap muka anaknya yang cun melucun ala-ala Kim Kardashian sekali lagi.Kadang kala,Mak Limah merasa bersalah kerana kehilangan Siti mungkin adalah salah Mak Limah sendiri.

Siti Payung binti Jepah Raub

Itulah nama penuh anak Mak Limah yang tertera didalam kad pengenalannya.Mempunyai potongan badan yang memang damnasi dan menjadi kegilaan para teruna Kampung Sedondon Sireh dan kampung-kampung jirang berdekatan.Untuk menjadikan Siti ini lebih damnasi dari damnasi,dia mempunyai sebuah anugerah Tuhan yang memang diidamkan oleh mana-mana peminat karok,suara merdu.Suara Siti memang mantap.Kalau ade kenduri kawin,Siti pasti akan dipakse menjadi penyanyi kugiran kampung sebab kalau sesiape dengar suara Siti,kompom tangkap leleh beb wa cakap lu.

Tetapi,bukan semua senang dengan kelebihan yang ada pada Siti.Ramai jugak orang tak puas hati dengannya.Maklum la,orangnya tu dah la cantik,badan kategori maut baek punya,sopan santun,suara sedap lagi,memang arr orang dengki.Tapi itu suma tidak menjadi masalah buat Siti kerana dia sentiasa berfikiran positif.Yang menjadi masalah buat Siti,salah seorang cucu Adam yang tidak senang dengan kehebatannya adalah Mak Limah.

Mak Limah amat membenci Siti sejak suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang membelikan hadiah hari jadi Siti yang ke-8.Mak Limah beranggapan,kematian suaminya adalah berpunca dari Siti yang suka akan seni musik sehingga berjaya memujuk Jepah Raub untuk membeli gitar untuknya.Untuk dijadikan cerita,suara lunak yang dimiliki Siti Payung bukanlah secara semulajadi tetapi hasil dari kesedihan Siti atas pemergian bapanya dengan membaca kitab suci Al-Quran selama 7 hari 7 malam.Selepas itu barulah Siti secara tiba-tibanya memperoleh suara merdu bak buluh perindu.Bertambahlah kebencian Mak Limah terhadap anak dara tunggalnya itu.

Untuk dipendekkan cerita,pada suatu hari,Siti sedang mengemas rumah(buang tebiat kot).Maklum la kan,dah name anak dara,kalu tak reti kemas rumah memang lu anak dara kategori haprak la kan.Sedang asyik kemas ruang tamu sambil layan lagu Excuse Me dendangan kugiran Pesawat,Siti dengan tak sengajanya tersepak pasu antik yang terletak diruang tamu itu.Lalu,ape lagi,pecah la pasu tu.Takkan la melantun balik macam belon.Yang hairannya,tak sampai satu saat pasu tu pecah,Mak Limah dah pon berada di hadapan muka Siti dengan muka yang bengis kalah singa betina.


WOI BAHALOL!!!








bersambung bah...sa nda ada idea mo sambung balit.hehehe