Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Ahad, Disember 20

Menuju Puncak : Finale

Pada suatu pagi,rumah Mak Limah didatangi oleh dua orang remaja yang datang dengan menunggang sebuah moto capuk.Moto atuk salah seorang remaja tersebut barangkali.Kebetulan Mak Limah sedang asyik dibuai fantasi,termenung seorang diri di bawah pokok gajus di kawasan halaman rumahnya.Kehadiran remaja tersebut amatlah cepat.Hanya datang,rem-rem moto sket kasi panas,tinggalkan sepucuk surat dan langsung bergegas keluar dari halaman rumah Mak Limah.Mak Limah menjadi pelik bin hairan.Apekejadah la due ekor beruk tu buat.Datang rumah orang tak bagi salam,pastu tinggalkan surat.Bukan kerje posmen pon.

Lalu Mak Limah menggapai surat tersebut

Dan membukanya

Secara serta merta,Mak Limah terkezut maut.Mak Limah tidak percaya akan apa yang telah dibacanya.Digosok matanya berulang kali.Ditampar mukanya,kiri dan kanan,berulang kali.Seolah-olah cuba meyakinkan diri bahawa dia masih berada di alam realiti.Lantas,Mak Limah bergegas lari ke dalam rumah.

Selang beberapa minit kemudian,Mak Limah turun ke tanah dengan gaya macam mak datin nak pegi istana amik pingat kebesaran yang mampu menukar gelaran 'Datin' kepada 'Datuk'.Kebaya hitam ketat nak mampos wa cakap lu.Mana-mana brado umur 40 tahun ke atas mesti tangkap leleh punya.Tapi budak-budak remaja dan para belia sekadar mampu mengutuk dalam hati la.Tua bangka tak sedar diri.

Kegembiraan yang terpancar di muka Mak Limah memang terserlah.Sambil Mak Limah berjalan,diayun-ayunnya la pulak beg tangan Gucci Downtown Cheras.Seolah-olah Mak Limah ingin memberitahu pada para peragut "Hai.Ragut la beg tangan saya.Ragut la.Plissss".Tetapi,itu tidak dipedulikan oleh Mak Limah langsung.Apa yang pasti,dia nak tahan teksi dan lepas tu terus pergi New Castle,ibukota negeri Kelantan.Akhirnya aku berjaya juga menemui anakku,bisik Mak Limah di dalam hatinya.

Surat yang diterima oleh Mak Limah adalah dikirim oleh saudaranya di New Castle.Saudaranya mengatakan bahawa anaknya telah menyertai satu pertandingan realiti Akademi Fantasia dan pertandingan realiti itu sedang mengadakan persembahan roadshow di New Castle dan anaknya,Siti Payung juga bakal terbabit dalam persembahan disana.Jadi,dengan sedaya upaya,Mak Limah ingin berjumpa dengan anaknya dengan harapan dapat meminta maaf kepada anaknya atas kesilapannya dan meminta Siti Payung pulang ke rumah.

Setibanya di New Castle,Mak Limah tak payah nak susah-susah nak carik dimana konsert tersebut sebab konsert itu memang senang gile nak carik.Ramai gile kot orang datang.Maklum la,artis turun Kelantan,rare kot.Mak Limah berusaha mencari anaknya.Dia terus lepak chill bersama dengan budak-budak terkinja-kinja sebab dah takde member nak lepak skali.Mak Limah berbuat demikian dengan harapan dia dapat menatap muka anaknya di atas pentas konsert tersebut.

Jam menunjukkan tepat jam 11.40 malam.Pengacara konsert tersebut telah mengucapkan "Selamat malam ore klate!" sebagai kata penutup konsert tersebut.Mak Limah binggung.Dimanakah geranan anakku?Selang beberapa saat selepas Mak Limah berbisik sendiri di dalam hatinya,dia ternampak satu kelibat yang keluar dari belakang pentas.Mak Limah rasa macam kenal je kelibat tu.

SITI~~~~

Jerit Mak Limah pada kelibat tersebut.Sangkaan Mak Limah memang betul.Kelibat tersebut adalah tidak lain tidak bukan adalah anaknya yang telah dia halau macam kucing kene sepak tak bagi makan dkat kedai makan beberapa bulan yang lalu.

Siti mengalirkan air mata.Tidak sangka ibunya yang benci padanya mencarinya ditengah-tengah ibukota New Castle.Lalu Siti dengan selambe kataknye terjun dari pentas tersebut dan cube untuk mendakap ibunya.

IBU~~~~

Teriak Siti Payung terhadap Mak Limah sambil berlari sambil menangis.

PRAKK!~

Satu bunyi tamparan yang super maut dilayangkan oleh Mak Limah dekat Siti Payung."Apa ni mak?"ujar Siti kebingungan.Kenapa Mak Limah menampar mukanya?Satu persoalan yang sedang berlegar diruang otak sebalah kanan Siti Payung."Apa peluk-peluk?Aku datang sini nak tuntut balik hutang aku dari kau.Ko ni memang mcm setan.Gayut sampai 3 ribu ringgit pastu bla dari rumah aku camtu je.Aku tak kire.Bak mai balik duit aku."

Selang 30 minit,Mak Limah kegirangan kerana dapat balik hutangnya itu dari anaknya Siti Payung.Akhirnya berjayalah Mak Limah untuk menunaikan hasratnya untuk lepak Langkawi dengan boifren barunya,Pak Endut Senget Kampung Parit Sungai Keroh.