Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Sabtu, Februari 27

Termetrai Harapan

Angin bayu menghempas kesayuan disegenap pelusuk Pantai Morib.Derusan air laut menghempas pantai menjadi pelengkap akan irama malam pantai ciptaan Tuhan.Disebalik sudut tirai jala milik nelayan tempatan,terdampar seorang jejaka menikmati malam mengamati bintang.Jejaka yang diberi nama Nazmi atau nama penuhnya,seperti yang tertera di atas kad kepingan biru,lengkap dengan mikrocip yang macam takde kegunaan langsung,iaitu Ahmad Farihul Nazmi bin Abdul Nafaz,melepakkan dirinya dengan hanya berbantalkan tangan beralaskan pasir pantai.

Pantai Morib

Sebuah pantai yang suatu ketika dahulu adalah pantai yang memang sohor gile babi tetapi akibat oleh kebodohan pihak berkuasa dan orang tempatan di sana,orang luar langsung malas nak amek port pasal tempat pasal kotor nak mampus kot.Kemudahan pon diorang buat bodo je boleh pakai ke tak.Sekarang,walaupun pantai tersebut sudah menjalani satu proses pemulihan,pantai tersebut tetap gagal untuk menarik penggunjung kerana nama pantai tersebut dah busuk,jadi,tak boleh nak buek apo la.

Atas alasan tersebutlah,Nazmi dapat menikmati malam dengan tenang.Tiada hiruk pikuk orang buat barbekiu,tiada orang datang buat maksiat seperti buat anak tanpa lesen dan sebagainya.Yang ada hanyalah orang kampung Morib yang memang kompom la takkan lepak dkat pantai tu pada waktu malam.Bosan kot.Tiap-tiap hari mengadap pantai sepi tu,takkan la nak buang tabiat pegi lepak kat pantai tu malam-malam.Ketenangan yang di cari Nazmi adalah sempurna.Begitu sempurna untuk manusia seperti Nazmi yang sentiasa bergelumang dengan kesibukan,hiruk-pikuk kotaraya Kuala Lumpur yang tak pernah hinggap akan perkataan sunyi,sepi dan tenang.

Namun,ketenangan yang dikecapi Nazmi tidak sama dengan ketenangan yang hinggap dihatinya.Hati Nazmi gundah gulana.Segalanya serba tidak cukup.Segalanya serba serabut.Masalah yang melanda Nazmi terlalu ganas sehingga rohaninya tidak lagi mampu menampungnya.Baginya,seolah-olah dunia ini adalah musuhnya.Musuh yang diam tetapi pasti.Pasti dalam memastikan seseorang itu mampu untuk lari dari Ilahi dan mengejar erti duniawi.

Jika diikutkan hati,pasti Nazmi akan cuba mengubah apa sahaja baginya patut diubah agar dunia mampu berada disisinya.Namun apakan daya,Nazmi hanyalah salah satu kehidupan yang sedang menjalani dugaan kehidupan yang penuh dengan liku.Ketabahaan Nazmi untuk menghadapi segalanya adalah begitu pahit.Terlalu pahit.Jika manusia mampu mencipta alat pengintai hati,barulah dunia mengerti apa yang tersirat dihatinya.

Bulan separa penuh menghiasi malam.Menyinari pantai yang sepi.Namun Nazmi masih lagi tidak mengalihkan bontotnya dari pantai tersebut.Sudah hampir 3 jam beliau baring dan menatap ke langit,cuba untuk mengekang segala sifat mazmumah yang hinggap dihatinya.Nazmi tahu,jika dia tidak melakukan perkara tersebut,beliau pasti akan lepak dalam penjara paling koman 10 tahun atau lebih teruk lagi,hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung.

Selang beberapa saat selepas Nazmi terkentut,kedengan bunyi motokar mematikan enjin keretanya tidak jauh dari tempat Nazmi baring.Nazmi buat bodoh je kerana dia tahu pantai ini bukan miliknya sahaja.Ianya adalah milik Tuhan yang dicipta olehNYa untuk menunjuk-nunjuk kepada kita bahawa Beliau lebih hebat dari kita.

Tiba-tiba,Nazmi tersentak.

Fikirannya dipenuhi dengan segala jenis keresahan.

Lalu difikirkannya betul-betul,baru beliau teringat

"Eh malam ni Manchester United lawan Aston Villa la"

Lalu Nazmi beransur dari pantai tersebut dan pergi ke kedai mamak berdekatan untuk menonton perlawanan bola tersebut dengan harapan Manchester United kalah di tangan Aston Villa