Agenda,agenda,agenda
Agenda ada di mana-mana
Tidak kira mengapa
Tidak kira siapa
Tidak kira apa
Agenda ada di mana-mana
Mengapa agenda?
Siapa agenda?
Apa itu agenda?
Dimana konsep Tuhan
Jika agenda diagungkan?
Dimana konsep kemanusiaan
Jika agenda diutamakan?
Dimana konsep kesederhanaan
Jika agenda diketengahkan?
Kerana itu kita manusia
Sering alpa mengejar dunia
Dunia yang fana penghujungnya tiba
Namun siapa peduli
Baik penyangak mahupun menteri
Tidak terkecuali imam,sami mahupun paderi
Semua punya agenda tersendiri
"Adakah aku rugi?Tidak sama sekali"
Luahan kata seorang tuhan
Tuhan di dalam dunia rekaan
Rekaan fantasi kepala gila
Gila akan perkataan agenda
Agenda tercipta
Agenda dicita
Agenda memaling arah
Tuhan juga kau marah
Agenda
Penggerak dunia sejak wujudnya dunia
Tidak kira anda siapa
Pasti wujud akan agenda di kepala
Namun ramai yang lupa
Akan agenda itu adalah bahaya
Agenda itu adalah pembunuh
Agenda itu adalah perosak
Agenda itu adalah syaitan
Tetapi
Akan jika tiba masanya
Agenda itu adalah khayalan masa
Sudah pasti akan manusia
Hilang selera tinggal di dunia
Jumaat, Mac 19
alif.ga.ya.nun.dal.alif
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 1:10 PG
Kategorinya adalah: Coretan minda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 suare sumbang:
Catat Ulasan