Perjalanan menuju ke ufuk perhentian memang susah.Macam-macam masalah akan datang melanda,menduga kita.Selalunye dugaan itu selambe katak je layan.Tara hal la beb.Memang boleh setel.Tetapi,bukan semua.Pasti ada pada suatu ketika,kita berada dalam dilema akan apakah jawapannya masalah tersebut.
Jawapan...
Adakah itu kata lawan bagi perkataan soalan?Adakah ianya adalah penyelesaian yang mutlak untuk soalan yang terbang melintasi segenap komputer organik ciptaan Tuhan?Kita bukan Tuhan.Kita hanyalah sebahagian dari Tuhan.Sebahagian kehidupan yang hidup di atas pentas ciptaan Tuhan.Bukan semua persoalan mempunyai jawapan.
Namun
Jika persoalan tanpa jawapan timbul semasa kita mencari penyelesaian dalam kehidupan,apa kita cuba lakukan?Adakah kita hanya membelakanginya dan menutup sebelah mata?Bunyi macam biawak masuk reban ayam ade orang jage 24 jam pakai AK-47.Sedangpun begitu,ada juga segelintir manusia berpaling,buat-buat buta dan mencari jawapan tersendiri mengikut akal minda mereka yang jahil itu.Dengan itu,terwujudlah beberapa jenis manusia di dunia ini.
Angkuh
Tamak
Hawa nafsu
Cemburu
Lahap
Malas
Dendam
Manusia-manusia ini adalah manusia yang sama seperti kita.Namun,mereka bukan manusia.Mereka adalah manusia yang sudah hilang pokok akalnya.Segala perbuatan,segala tingkah-laku,semuanya datang dari cetusan minda yang sudah hilang cahayanya.
Tetapi
Apa yang kita mampu lakukan?sifat-sifat tersebut memang wujud disetiap sudut hati seorang insan.Sifat-sifat inilah yang telah mendorong manusia untuk pergi lebih jauh.Jauh dari kebiasaan.Hilang dari pandangan.Namun tetap berlegar di akal fikiran.Inilah kuasa Tuhan.Mempunyai kuasa yang dilimpahkan kepada hambaNya untuk memandang kehadapan.Itulah sebabnya mata berada di bahagian muka bukan di belakang kepala.
Oleh itu,setiap perjalanan yang dititi setiap hari,merentasi masa 365 hari,adalah pilihan kita sendiri.Jangan disalahkan pada pihak lain mengapa hidup kita serba kekurangan,kerana itu semua adalah dugaan.Dugaan yang datang dari syurga.Untuk kita umat manusia,meniti masa menyingkap peristiwa
Entah mengapa
Acapkali kita dihidangkan dengan pelbagai cerita.Biar ianya dihidangkan di mata mahupun di telinga,majoritinya,ianya tetap sama.Biar bahasanya berbeza,biar olahannya pelbagai.
APESAL MALAYSIA PANAS GILE BABI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Rabu, Mei 19
Titian menuju titi
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 4:55 PTG
Kategorinya adalah: Titah baginda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 suare sumbang:
mne lu ilang? lme xnmpk
Catat Ulasan