Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Sabtu, Januari 8

tet...tet....teeeeeeeeeeeeeeeet

Ya rakan-rakanku sekalian

Aku sudah kembali ke laman haram jadah ini

Kepada hamba-hamba Tuhan yang ade memberi sesuatu yang dipanggil 'sound tepek atas muke' suruh kemaskini laman karutan aku nih,aku dengan bangganya ingin memberitahu bahawa aku baru je teringat kata laluan untuk masuk laman blogger.com milik aku nih.

Maklum la

Dunia semakin bizi.Jadi,aku pon kene selaraskan diri aku dengan arus dunia yang kucar kacir nih walaupun secara hakikatnya aku ni adalah seorang pemalas tahap pemalas malas nak pegi bank tukar kad ATM sebab kad ATM tu dah 8 tahun gune dan takde fungsi kad debit


Dan memandangkan sekarang ni dah masuk tahun 2011,aku kene la ikut ape yg orang selalu buat bile masuk tahun baru iaitu meletakkan azam tahun baru yang selalunye berakhir dengan perkataan hangat-hangat taik ayam.Jadi,azam 2011 adalah untuk mule balik berkecimpung di dalam arena karut mengarut neh






aku mule mengarut minggu depan boleh tak?
esok sabtu dan ahad kot
orang keje pon cuti xkan aku xleh nak cuti kot

Sabtu, Jun 12

Goreng

Pahit getir pengalaman

Bakal membuka lembaran baru dalam sejarah bernama kehidupan seorang aku

Kata nasihat orang tua menjadi bekalan

Bekalan menempuh hari-hari yang baru



B*to la kepada ayat-ayat diatas
Pening tahan lahanat sial
Nak-nak hari keje dok mengadap buku ilmiah je
Pengalaman mendewasakan tatabahasa bahasa kesat adelah


Rase macam nak marah orang je
Dah arr Piala Dunia dah bermula semalam
MEMANG sungguh stadi la kan
B*TO B*TO B*TO!



Eh,maaf teremosi
Sebab gua lame tak lepak Times Square
Gua selalu lepak rumah kedua yang mana dulunya adalah rumah ke-345,123

PERPUSTAKAAN














Tapi perpustakaan banyak pemandangan indah
hehehehehe




Oh,kepada sesiapa yang rajin bukak laman-conteng-sampah-sarap-alam-maya aku nih,aku dengan nekad poyonye akan merajinkan sereberum aku untuk buat cerita karut abad ke-12.

Tapi seperti biase,aku suke bagi harapan.Rajin-rajin la kasik trafik laman aku nih tinggi.aku nak jadik blogger boi.hahahahahaha






< > v ²

Rabu, Mei 19

Titian menuju titi

Perjalanan menuju ke ufuk perhentian memang susah.Macam-macam masalah akan datang melanda,menduga kita.Selalunye dugaan itu selambe katak je layan.Tara hal la beb.Memang boleh setel.Tetapi,bukan semua.Pasti ada pada suatu ketika,kita berada dalam dilema akan apakah jawapannya masalah tersebut.

Jawapan...

Adakah itu kata lawan bagi perkataan soalan?Adakah ianya adalah penyelesaian yang mutlak untuk soalan yang terbang melintasi segenap komputer organik ciptaan Tuhan?Kita bukan Tuhan.Kita hanyalah sebahagian dari Tuhan.Sebahagian kehidupan yang hidup di atas pentas ciptaan Tuhan.Bukan semua persoalan mempunyai jawapan.

Namun

Jika persoalan tanpa jawapan timbul semasa kita mencari penyelesaian dalam kehidupan,apa kita cuba lakukan?Adakah kita hanya membelakanginya dan menutup sebelah mata?Bunyi macam biawak masuk reban ayam ade orang jage 24 jam pakai AK-47.Sedangpun begitu,ada juga segelintir manusia berpaling,buat-buat buta dan mencari jawapan tersendiri mengikut akal minda mereka yang jahil itu.Dengan itu,terwujudlah beberapa jenis manusia di dunia ini.

Angkuh

Tamak

Hawa nafsu

Cemburu

Lahap

Malas

Dendam

Manusia-manusia ini adalah manusia yang sama seperti kita.Namun,mereka bukan manusia.Mereka adalah manusia yang sudah hilang pokok akalnya.Segala perbuatan,segala tingkah-laku,semuanya datang dari cetusan minda yang sudah hilang cahayanya.

Tetapi

Apa yang kita mampu lakukan?sifat-sifat tersebut memang wujud disetiap sudut hati seorang insan.Sifat-sifat inilah yang telah mendorong manusia untuk pergi lebih jauh.Jauh dari kebiasaan.Hilang dari pandangan.Namun tetap berlegar di akal fikiran.Inilah kuasa Tuhan.Mempunyai kuasa yang dilimpahkan kepada hambaNya untuk memandang kehadapan.Itulah sebabnya mata berada di bahagian muka bukan di belakang kepala.

Oleh itu,setiap perjalanan yang dititi setiap hari,merentasi masa 365 hari,adalah pilihan kita sendiri.Jangan disalahkan pada pihak lain mengapa hidup kita serba kekurangan,kerana itu semua adalah dugaan.Dugaan yang datang dari syurga.Untuk kita umat manusia,meniti masa menyingkap peristiwa

Entah mengapa

Acapkali kita dihidangkan dengan pelbagai cerita.Biar ianya dihidangkan di mata mahupun di telinga,majoritinya,ianya tetap sama.Biar bahasanya berbeza,biar olahannya pelbagai.








APESAL MALAYSIA PANAS GILE BABI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, April 20

Sepak

Pada suatu hari,Sepak berjalan-jalan di pekan untuk melepaskan kebosanan yang terbuku dalam hidupnya pada hari itu.Banyak benda yang Sepak nampak.Baik bende tu elok ke,buruk ke,semuanya tidak terlepas dari pandangan mata Sepak sebab Sepak adalah seorang mamat yang suka mengamati setiap pandangan yang terlintas di atas biji matanya.

Sedang asyik Sepak menghisap rokok Dunhill merah,Sepak terpikir untuk membeli TV.Rumah Sepak tak pernah ada TV sebab Sepak selalunya tengok TV dekat gerai sebelah rumah sewanya.Lalu Sepak berjalan-jalan lagi mengelilingi pekan untuk mencari kedai barangan elektronik terpakai untuk mencari TV terpakai.Sepak takde duit nak beli TV baru sebab Sepak baru je bayar hutang dengan rakan serumahnya.

Lalu,Sepak berhenti dihadapan sebuah kedai.Kedai tersebut mempunyai banyak TV.Lalu,terdetak dalam hatinya,yang berkata,'Kedai ni mesti jual TV'

Sepak pon masuk ke dalam kedai tersebut.Sepak terkejut.Walaupun kedai tersebut mempunyai banyak TV di luar kedai,tetapi di dalam kedai tersebut tak ade satu pon TV yang kelihatan.Akuarium ade la.Desus hati Sepak.Lalu Sepak melangkah kaki keluar dari kedai tersebut dengan perasaan yang memang bercampur aduk tahap dewa.

Sepak pon meneruskan langkahnya untuk menyempurnakan misinya tersebut.

*Korus lagu Bunkface - Extravaganza*

Sepak terus mencapai telefon bimbitnya.Lagu tersebut keluar dari telefon bimbitnya.Sepak menyangka ade orang menelefonnya tetapi sangkaannya meleset.Rupa-rupanya telefonnya menjadi gersang sendiri lalu termainkan lagu tersebut.

Tiba-tiba,Sepak baru teringat

Sepak nak berak sebab tadi Sepak makan banyak sangat tengah hari tadi.Lalu Sepak membatalkan hajatnya untuk membeli TV dan terus balik rumah dan berak.

Khamis, April 8

Siaran Tergendala

Aku rasa aku bakal bercuti dari arena karang mengarang batu karang nih buat sementara waktu


Sebab peperiksaan aku dah dekat

Sebab otak aku semakin ketat

Sebab jari aku semakin berat


Jadi adelah kirenye aku mungkin tak kemas kini belog ni

Ala selame ni aku tak kemas kini pon bukan orang kesah

Cume saje je nak poyo nak bagitau orang ramai (bukan ramai mane pon bace belog aku)

Tapi bukan aku akan berhenti,tapi aku tengah buat skrip cerita baek punya wa cakap lu

Cerita yang mana kalu korang suma ikut dari awal sampai habes lu akan pikir kenapa Datuk Yuzuff Haslamz(aku tak nak eje betul2.nanti dier saman aku) boleh bikin filem dengan latar cerita lagi sampah dari cerita aku





Tunggu je la eek?

Khamis, Mac 25

Yeah

Setiap manusia mempunyai kawan.Tanpa kawan,kehidupan seorang manusia itu pasti bosan.Definisi seorang kawan sangat luas.Kebiasaanya manusia akan berkawan dengan manusia.Ada yang berkawan dengan binatang.Dan yang paling mahal,manusia yang berkawan dengan makhluk bukan manusia atau bukan binatang.Jika kita mempunyai kawan,pasti bermacam-macam jenis kawan kita akan ada.Ada yang perangai elok,ada perangai macam babi.

Saya mempunyai ramai kawan.Kawan saya datang dari segenap dunia,bangsa dan agama.Oh lupe pulak,kecuali orang yahudi dan maknyah kerana kalau saya berkawan dengan orang yahudi,saya mungkin akan cube bunuh cilanat tersebut.Kalau saya berkawan dengan maknyah pulak,saya akan cube jadikan mamat tu menjadi lelaki semula walaupun saya tahu usaha itu bagai mencurah air ke daun keladi.

Salah seorang kawan saya bernama Potek.Potek adalah seorang budak yang datang dari Pantai Timur.Dia ada ramai kawan.Saya tak tau la dier ade kawan yahudi dan maknyah ke tak.Tapi ape yang pasti,Potek mempunyai ramai kawan.

Potek mempunyai perlbagai hobi seperti bermain kereta dan kacau perempuan.Jika bercakap pasal kereta dengan Potek,hampir semua benda dier tau.Ade satu hari tu,ade mamat cube kelentong Potek pasal kereta.Habis mamat tu kene tiau sebab cite lebat dengan Potek dan kawan-kawanya,termasuklah saya.hehehe.

Jika bercerita pasal perempuan,Potek memang hebat.Hebat gile wa cakap lu.Potek tenung je muke atau gambar mane-mane minah,pasti dier dapat menceritakan apekah cara untuk sambar perempuan tersebut.Begitulah hebat Potek sehingga dier mempunyai ramai skendel yang cun melecun tapi takde awek.Biase la kate buaye.Buaye mane ade awek.

Hobi kereta dan perempuan adalah satu kombinasi yang terbaik untuk menjadi seorang kasanova.Oleh sebab itu,saya menggelarkan Potek sebagai seorang kasanova.Dia selalu bagi saya ilmu-ilmu untuk tekel mane-mane awek yang lalu lalang tapi saye tak nak gune sebab saya tak pernah dengar betul-betul pon ape yang Potek selalu cakap.Jadi saya tak pernah dapat menangkap intipati rahsia-rahsia untuk kacau awek tepi jalan.Kalau setakat lalu sebelah bagi salam tu saya reti la.Budak tadika pon boleh buat.

Akan tetapi,Potek mempunyai satu lagi hobi yang menjadi minatnya sejak saya mengenali Potek.Hobi utamanya itu lebih hebat daripada hobi kereta dan perempuan.

Potek amat menggemari untuk menutup mata,membaringkan diri di atas tilam,lantai atau toto.Dalam erti kata Bahasa Malaysia yang sebenar,Potek sangat suka tidur.Potek mampu tidur 20 jam sehari tanpa bangun.Kalau ade bangun pon,Potek hanya bukak mata,carik telefon bimbitnya dan tidur semula.Walaupun rakan-rakannya berada di dalam biliknya dan berbuat bising,Potek dengan selambe kataknye tidur.

Potek mampu tidur dalam ape jua jenis keadaan.Panas ke,ribut ke,taufan ke,takde elektrik ke,Potek tetap boleh tidur kerana di dalam otaknya,jika dier nak tidur,dier pasti akan tidur.Ramai rakan-rakan Potek,termasuk saya.Sudah masak dengan hobinya.Jika kami semua nampak Potek tidur,kami akan menggunakan tenaga yang paling minima untuk mengejutnya dari tidur kerana jika menggunakan tenaga banyak sekalipun,Potek akan tetap tidur.

Itulah cerita pasal Potek,kawan saya.Dikala saya tengah menulis karangan autobiografi ini,Potek sedang tidur dengan telefon bimbit di tangan kanannya dan dier sudah tidur hampir 9 jam.

Jumaat, Mac 19

alif.ga.ya.nun.dal.alif

Agenda,agenda,agenda

Agenda ada di mana-mana
Tidak kira mengapa
Tidak kira siapa
Tidak kira apa
Agenda ada di mana-mana

Mengapa agenda?
Siapa agenda?
Apa itu agenda?

Dimana konsep Tuhan
Jika agenda diagungkan?

Dimana konsep kemanusiaan
Jika agenda diutamakan?

Dimana konsep kesederhanaan
Jika agenda diketengahkan?

Kerana itu kita manusia
Sering alpa mengejar dunia
Dunia yang fana penghujungnya tiba
Namun siapa peduli
Baik penyangak mahupun menteri
Tidak terkecuali imam,sami mahupun paderi
Semua punya agenda tersendiri

"Adakah aku rugi?Tidak sama sekali"

Luahan kata seorang tuhan
Tuhan di dalam dunia rekaan
Rekaan fantasi kepala gila
Gila akan perkataan agenda

Agenda tercipta
Agenda dicita

Agenda memaling arah
Tuhan juga kau marah

Agenda

Penggerak dunia sejak wujudnya dunia
Tidak kira anda siapa
Pasti wujud akan agenda di kepala
Namun ramai yang lupa
Akan agenda itu adalah bahaya

Agenda itu adalah pembunuh
Agenda itu adalah perosak
Agenda itu adalah syaitan

Tetapi

Akan jika tiba masanya
Agenda itu adalah khayalan masa
Sudah pasti akan manusia
Hilang selera tinggal di dunia