Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Sabtu, Januari 8

tet...tet....teeeeeeeeeeeeeeeet

Ya rakan-rakanku sekalian

Aku sudah kembali ke laman haram jadah ini

Kepada hamba-hamba Tuhan yang ade memberi sesuatu yang dipanggil 'sound tepek atas muke' suruh kemaskini laman karutan aku nih,aku dengan bangganya ingin memberitahu bahawa aku baru je teringat kata laluan untuk masuk laman blogger.com milik aku nih.

Maklum la

Dunia semakin bizi.Jadi,aku pon kene selaraskan diri aku dengan arus dunia yang kucar kacir nih walaupun secara hakikatnya aku ni adalah seorang pemalas tahap pemalas malas nak pegi bank tukar kad ATM sebab kad ATM tu dah 8 tahun gune dan takde fungsi kad debit


Dan memandangkan sekarang ni dah masuk tahun 2011,aku kene la ikut ape yg orang selalu buat bile masuk tahun baru iaitu meletakkan azam tahun baru yang selalunye berakhir dengan perkataan hangat-hangat taik ayam.Jadi,azam 2011 adalah untuk mule balik berkecimpung di dalam arena karut mengarut neh






aku mule mengarut minggu depan boleh tak?
esok sabtu dan ahad kot
orang keje pon cuti xkan aku xleh nak cuti kot

0 suare sumbang: