Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Rabu, Jun 17

Gombak

Suatu masa dahulu

Ketika empayar dinasti Khan sedang sibuk meluaskan pengaruhnya,wujud sebuah kerajaan yang bertapak di daerah Gombak.Pengaruhnya meliputi sepanjang tebing sungai Gombak.Kerajaan ini diberi nama Republik of Gombak oleh pemburu-pemburu haram ingeris yang suatu ketika dahulu terkenal dengan memburu tumbuhan dan binatang eksotik.

Pusat pemerintahan Republik of Gombak terletak di Kayu Hijau.Kayu Hijau terletak agak jauh dari sungai Gombak atas tujuan keselamatan seperti ancaman babi hutan,serangan hendap kesultanan Selangor dan tokan candu dan ganja yang secara majoritinye lebih kaye dari Republik of Gombak itu sendiri.Walaupun kerajaan yang terbentuk membawa nama republik,Republik of Gombak tidak mempunyai sebarang presiden,sultan atau sesuatu yang sekutu dengannye.Mereka memiliki sebuah badan yang diberi name ala2 ingeris The Council of Men.Mereka bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan kemajuan yang bakal naik di daerah Gombak.

Kehebatan Republik of Gombak memang tidak boleh disangkal.Kerajaannya wujud se awal kewujudan kerajaan Majapahit dan masih bertahan selepas Majapahit kene tapaw dgn penjajah Belanda.Republik of Gombak juga mempunyai sekumpulan tentera elit yang diberi name ingeris Buffalo Soldier.Mereka mahir dlm pertempuran dkat kawasan sungai.Sebut sahaja tektik dan cara serangan yang melibatkan sungai,mereka boleh melakukannya tanpa masalah.Kelebihan tersebut telah menyebabkan kemakmuran disepanjang sungai Gombak.

Tetapi;

Pada abad ke-18,Republik of Gombak perlahan2 menjadi sampah akibat sikap acuh tak acuh penduduknye.Mereke lebih gemar melepak sambil main dam di kedai dkat pekan Gombak daripade kerje ataupun bende2 yg berfaedah.Oleh kerena kerajaan ini digomen oleh rakyat,Sultan Selangor dengan muke kereknye menyerang Gombak untuk merampas kawasan tersebut.Dan serangan itu berhasil dalam mase 40 minit sahaja kerane ramai warge Gombak tengah tido waktu itu.

Akhirnye kerajaan Republik of Gombak tumpas dan kawasan mereka dibawah jajahan Selangor;sampai ke hari ini.Kalu korang sume pegi Gombak,kawasan bas Greenwood tu kawasan kerajaan Republik of Gombak.Pahlawan Buffalo Soldier banyak lepak dalam hutan lepas kene tawan dan tak pasal2 kene label orang asli.Tak percaye?Tanye old-timer kat situ wujud tak Republik of Gombak...

0 suare sumbang: