Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Sabtu, Oktober 17

Menuju Puncak II

"Kau tau tak pasu yang ko kasi pecah tu sape yang bagi?HAH?ko tau tak?Cukup la sebab kau suami aku mampos.Sekarang peninggalan suami aku pon ko nak hilangkkan dari muke bumi ni"Tempik Mak Limah dengan sepenuh hati ditelinga kanan Siti Payung.Habis bergegar telinga Siti.Dengan muke penuh dengan efek kesedihan,Siti membalas "Maaf la mak.Siti bukannye sengaje.Lagipon mak taruk pasu tu atas pastu bunge kecik.Memang la pasu tu tak stabil,senang nak..."Tak sempat Siti nak habiskan ayatnye,Mak Limah dengan sepantas kilat mencelah,"Sape mak kau?HAH?cube ko cite sikit sape mak kau?ko ingat aku nak ke anak tak gune macam ko.Buat prabis boraih aku je"

"Sampai hati mak cakap Siti macam ni.Siti ni anak mak.Kalau mak tak mengaku Siti ni anak mak,baik Siti kluar dari rumah ni je"ujar Siti sambil mengesat air mata yang berlinangan di pipi.Tersentak dengan kata-kata dari mulut Siti,Mak Limah kelihatan gumbira tapi tetap cover line buat-buat muke marah.Mak Limah terdengar kata laluan lampu hijau untuk menghambat kluar anaknya yang cun itu.Dengan pantasnya,Mak Limah berkata,"HAH!Brambos ko dari rumah aku.Aku dah lame dah nak halau ko kluar dari rumah ni tapi sebab ko ni budak lagi aku bela la ko lagi.Dan ko ni skarang dah sampai tempoh matang,ape kate ko bla je dari rumah aku?

Siti terpaku

Adakah ini kata-kata yang kluar dari mulut ibu kandungnya sendiri?

Adakah benar ibunya masih waras atau sudah bertopengkan syaitan?

Namun,Siti pasrah.Siti lantas bangun dan masuk kebiliknya."Siti kemas barang Siti dulu ye mak?"ujar Siti dibalik langsir sambil buat efek filem hindustan.Mak Limah pon ape lagi,dengan slambe kereknye menyahut,"Cepat sikit.Jangan ko lame sangat sudah.Lagi awal LAGI bagos.Dah tu jangan ko nak mengade-ngade nak ambik barang banyak.Tu barang arwah suami aku.Bukan barang ko"

Dalam mase tak sampai 8 minit 31 saat,Siti kluar dari kamar tidurnya dengan satu beg sandang dan satu beg galas.Diseret kakinya sambil melangkah sebagai tanda keberatan untuk meninggalkan rumahnya.Tiba-tiba,Siti terdengar bunyi hon kereta dari luar rumah.Lalu Siti mengintai melalui tingkap dan nampaklah kelibat kereta belang merah putih diluar seolah-olah sedang menunggu seseorang."Ni ha aku dah panggilkan teksi untuk ko.Jangan risau.Free of charge.Sebab lepas ni takde dah orang yang akan membazirkan duit aku lagi.hahahaha"ujar Mak Limah keriangan.

Mak Limah memang betul-betul nak halau Siti Payung dari rumahnya...

Dengan perasaan berat hati,Siti Payung meninggalkan rumah pusaka arwah ayahnya itu...

Namun,sejak berambusnya Siti Payung dari rumahnya dan Mak Limah,keadaan rumah tersebut menjadi tidak menentu.Rumah bersepah,barang diletakkan merata-rata,laman penuh dengan semak samun,kolam ikan dah jadik kolam katak dan banyak lagilah.Kalau nak cite semuenye mau makan 7 posting.Mak Limah pulak,dah macam pontianak hilang syampoo.Serba tak terurus.Baru seminggu Siti kluar dari rumah tersebut,dah jadik kacau bilau.Baru la Mak Limah sedar akan betapa pentingnya anak daranye dalam infrastruktur dekorasi dan penyelenggaraan rumahnya itu.Selama ni mane la Mak Limah nak perasan,keje kluar pagi jual barang LampeBerger malam balik tidur hari minggu bangun komplen umah bersepah.

Mak Limah sedar akan betapa pentingnya anak daranya itu.Lalu dia nekad untuk mencari dan memujuk anaknya itu pulang ke rumah semula agak rumahnya itu kembali kelihatan seperti rumah.Mak Limah mencari Siti Payung disekitar Kampung Sedondon Sireh.Tiada siapa pernah melihat anaknya itu dikampung itu.Dicarinya juga di beberapa kampung sebelah namun hasilnya,seperti biasa,bagai habuk hinggap diatas buku.Lantas dicarinya juga akan Siti Payung di pekan Gua Musang.Pon same jugak.Haprak.Dan tiba-tiba terlintas dalam otak separa geliganya untuk mencari anaknya diluar jajahan Gua Musang.Tapi Mak Limah mane la pernah kluar dari jajahan Gua Musang.Paling jauh pon pernah pegi Kuala Krai skali sebab adek dier kawen.

Genap tiga purnama kehilangan anak dara Mak Limah,Siti Payung hilang dari pangkuannya.Setiap hari Mak Limah berdoa kepada Yang Maha Esa agar Beliau membolehkan Mak Limah menatap muka anaknya yang cun melucun ala-ala Kim Kardashian sekali lagi.Kadang kala,Mak Limah merasa bersalah kerana kehilangan Siti mungkin adalah salah Mak Limah sendiri.









Bersambung lagi skali dan lepas ni last punya.Tak tipu punya beb.Pernah aku tipu korang?

0 suare sumbang: