Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Jumaat, Oktober 9

Menuju Puncak

Genap tiga purnama kehilangan anak dara Mak Limah,Siti Payung hilang dari pangkuannya.Setiap hari Mak Limah berdoa kepada Yang Maha Esa agar Beliau membolehkan Mak Limah menatap muka anaknya yang cun melucun ala-ala Kim Kardashian sekali lagi.Kadang kala,Mak Limah merasa bersalah kerana kehilangan Siti mungkin adalah salah Mak Limah sendiri.

Siti Payung binti Jepah Raub

Itulah nama penuh anak Mak Limah yang tertera didalam kad pengenalannya.Mempunyai potongan badan yang memang damnasi dan menjadi kegilaan para teruna Kampung Sedondon Sireh dan kampung-kampung jirang berdekatan.Untuk menjadikan Siti ini lebih damnasi dari damnasi,dia mempunyai sebuah anugerah Tuhan yang memang diidamkan oleh mana-mana peminat karok,suara merdu.Suara Siti memang mantap.Kalau ade kenduri kawin,Siti pasti akan dipakse menjadi penyanyi kugiran kampung sebab kalau sesiape dengar suara Siti,kompom tangkap leleh beb wa cakap lu.

Tetapi,bukan semua senang dengan kelebihan yang ada pada Siti.Ramai jugak orang tak puas hati dengannya.Maklum la,orangnya tu dah la cantik,badan kategori maut baek punya,sopan santun,suara sedap lagi,memang arr orang dengki.Tapi itu suma tidak menjadi masalah buat Siti kerana dia sentiasa berfikiran positif.Yang menjadi masalah buat Siti,salah seorang cucu Adam yang tidak senang dengan kehebatannya adalah Mak Limah.

Mak Limah amat membenci Siti sejak suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang membelikan hadiah hari jadi Siti yang ke-8.Mak Limah beranggapan,kematian suaminya adalah berpunca dari Siti yang suka akan seni musik sehingga berjaya memujuk Jepah Raub untuk membeli gitar untuknya.Untuk dijadikan cerita,suara lunak yang dimiliki Siti Payung bukanlah secara semulajadi tetapi hasil dari kesedihan Siti atas pemergian bapanya dengan membaca kitab suci Al-Quran selama 7 hari 7 malam.Selepas itu barulah Siti secara tiba-tibanya memperoleh suara merdu bak buluh perindu.Bertambahlah kebencian Mak Limah terhadap anak dara tunggalnya itu.

Untuk dipendekkan cerita,pada suatu hari,Siti sedang mengemas rumah(buang tebiat kot).Maklum la kan,dah name anak dara,kalu tak reti kemas rumah memang lu anak dara kategori haprak la kan.Sedang asyik kemas ruang tamu sambil layan lagu Excuse Me dendangan kugiran Pesawat,Siti dengan tak sengajanya tersepak pasu antik yang terletak diruang tamu itu.Lalu,ape lagi,pecah la pasu tu.Takkan la melantun balik macam belon.Yang hairannya,tak sampai satu saat pasu tu pecah,Mak Limah dah pon berada di hadapan muka Siti dengan muka yang bengis kalah singa betina.


WOI BAHALOL!!!








bersambung bah...sa nda ada idea mo sambung balit.hehehe

1 suare sumbang:

jumaat_asar berkata...

aku tunggu sambungannye numa..