Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Isnin, Mei 18

Aku Seorang Posto

Di suatu petang yang kelam,mungkin sebab nak hujan,Kemal sedang duduk keseorangan di berandar.Resah adalah perkataan yang paling seswai utk mengambarkan keadaan Kemal sekarang.Kejap duduk,kejap berdiri,kejap main chess,pastu guling-guling pulak.Segalanya serba tak tentu.Seolah-olah sesuatu sedang bermain difikirannya.Adakah kerana beliau sedang memikirkan akan peperiksaan yang semakin hampir?

Itu tidak mungkin kerana Kemal yakin yang dia tidak akan dapat markah lulus untuk peperiksaan kali ini kerana dia hanya menelaah kembali buku ilmiahnya pada satu minggu yang lepas walhal kawan2nya semua memulakan ulang kaji 2 bulan lebih awal dah masih merungut akan kesusahan peperiksaan itu.Sudah pasti bukan yang difikirkannya.

Ataupun Kemal terlupa untuk memberi makan arnab tiga ekor untuk ular sawa 4 meternya yang dibela di belakang rumah?Itu sudah semestinya tidak ada masalah kerana ular sawa milik Kemal amat gemar melayan daging anjing liar yang bersepah di kawasan perumahannya di Pulau Indah.Oleh kerana pihak pebandaraan melonggokkan semua anjing liar yang sudah ditangkap di sana,ianya sudah pasti dapat menyuap perut ular sawanya koman-koman 2 bulan.

Tiba-tiba la pulak

Kemal tersentak membisu.Seolah-olah kesakitan menyerang organ dalamannya.Dia melutut sambil memegang perutnya,menandakan kawasan yang menyebabkan Kemal kesakitan.Adakah Kemal terkene serangan Apendiks?Kerana dalam tempoh seminggu berturut-turut,Kemal kejenye dok melantak makanan Nogori Sombilan yang emang dikenali dengan kepedasan yang maut dimana jika sesorang itu berjaya makan masakan Nogori yang mane orang Nogori sendiri cakap pedas,anda mampu berjalan dikawasan bersalji dengan hanya memakai boxer dan singlet selama 10 minit.Dan kalu makanan itu pedas semestinye la bersepah cili yang digunakan dan tidak lupa bijik cili tersebut yang selalunye menjadi penyebab serangan Apendiks

Namun,secara tiba-tiba buat kali kedua,satu lembaga muncul di hadapan Kemal.Tinggi lampai namun rambut macam cine jinjang."weih,aku dah setel.masuk arr"kata si lembaga.Lalu,Kemal lantas bangkit dari kehampehan dan terus meluru ke sebuah kamar....




CHREEEEEEEEEETTTTTTTTT! CHREEET! CHREET! CHRET!

Ahhhh~




Alangkah tidak senonohnye Kemal kerana telah berak cirit yang mana bunyinye amatlah kuat macam bunyi bom yang selalu meletus di bumi Gaza dan baunya,jika dihidu oleh kambing,maka larilah ia.Akhirnya,Kemal gembira kerana berjaya membuang taik cirit yang sudah lame terbela di dalam perutnya kerana baru je habis hantar surat pusing satu Gombak








sekian,

3 suare sumbang:

janggout berkata...

kiwak..
cte taik lak..
tapi cirit best dol..
haha

N berkata...

aku turut merasa lega seperti kamal.
tp kenapa beliaw pos surat ke gombak?

Ikan Lemas berkata...

sebab dier keje dekat pejabat pos daerah gombak