Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Sabtu, Mei 16

Gudang Garam

Merujuk kepada perkara di atas,

Surya Gudang Garam adalah sejenis rokok kretek yang didatangkan khas dari negara Indonesia.Rokok tersebut adalah hasil keluaran PT Gudang Garam Tembakau yang bertapak di Kedidi,Indonesia.Rokok ini adalah merupakan salah satu lambang kemegahan perokok tegar Indonesia,selain dari rokok Semporna,kerana rokok ini berjaya mendapat tempat di hati orang2 bukan Indonesia,atau dengan lebih tepat lagi,Malaysia.

Gudang Garam didatangkan dalam bentuk pek 12(kotak merah) atau 16 batang(kotak maroon gelap).Kotak rokok Gudang Garam menggunakan gambar deretan gudang dan sebuah landasan kereta api sebagai logo mereka dan ianya terletak dibahagian depan kotak rokok tersebut.Gambar gudang digunakan kerana sinonim dengan nama rokok mereka.Tertera perkataan Made in Indonesia dibahagian bawah kotak,kerna mereka bangga rokok ini datang dari Indonesia.

Amaran kerajaan Indonesia tertera dibelakang kotak.Tertulis di sana; 'Merokok dapat menyebabkan kanker,serangan jantung,impotensi dan ganguan kehamilan dan janin'.Amaran yang jelas tapi biasa ar,sape kesah.Sedap kot isap rokok.Kandungan tar dan nikotinnya yang tinggi menyebabkan Gudang Garam Indonesia tidak dapat masuk ke pasaran rokok Malaysia.Sebab tu rokok Gudang Garam Malaysia agak sampah sebab ikut sangat 'Tidak melebihi 20mg tar dan 1.5mg nikotin' sedangkan Gudan Garam mengandungi 30mg tar dan 1.8mg nikotin.Akan tetapi,rokok Gudang Garam ori tetap dapat di beli di Malaysia,terime kasih kepada mereka yang menyeludupnya.

Rokok Gudang Garam amat enak dihisap apabila anda sedang lepak dalam kereta,berkelajuan 20km/h kerana atas rasa 'ingin tahu' dan 'simpati' rakyat Malaysia yang suke tengok kemalangan,termasuk kemalangan yang berlaku di lorong bertentangan.Dan lebih menarik lagi,ianya hanyalah bekas kemalangan yang hanya tinggal polis sahaja tengah melepak konon2nye nak meredekan trafik.





KORANG MEMANG BODOH!

3 suare sumbang:

janggout berkata...

nusantara pn sdp bro..
haha

Ikan Lemas berkata...

sume rokok kretek sedap kot
tapi time tu aku ade gudang je
so isap gudang je la melayan asmara
hahaha

janggout berkata...

sambil isap rokok sambil berasmara??
cool..
hahaha