Memandang ke langit melihat awan
Awan yang berarak sangatlah tebal
Marilah mari kawanku sekalian
Membaca celotehku sampai bebal

Jumaat, Julai 24

Bahasa Malaysia

Karangan ini di dalam bahasa ingeris,sekian







What the f*ck?






Maaf la rakan-rakan.aku tak mampu la nak mengarut bahase ingeris.Susah dow.Macam kene pakse makan panadol sebab sakit perut.Kalau stakat poyo-poyo nak buat lirik bahse ingeris boley ar.Itu pon bnyk ciplak lagu melayu kasi tukar,putar,sesar jadik lagu bahse ingeris.

Walaupun kapal terbang mampu terbang tanpa penumpang,namun ianya tetap tidak boleh terbang kerana penumpanglah yang membayar minyak kapal terbang tersebut

Begitulah senario yang dapat aku lihat sekarang.Same macam dengan ungkapan di atas.Walaupun ramai anak malaya,tidak kira siapa anda,mampu berbicara dalam bahase melayu,namun mereka tetap nak poyo-poyo berbahasa ingeris sebab bajet bergaye mcm mat salleh.Dan untuk membuatkan kopi Starbucks 8 ringgit itu lebih panas,sesame melayu pon nak speaking.

Ape l*ncau wei?

Budi bahasa budaya kita.Takkan korang sume tak pernah dengar perkataan tu?RTM siap buat lagu lagi gune lirik ni supaya warga malaya dan warga borneo ingat akan keutuhan bahasa kita.Bahase melayu.Namun,dalam konteks millenia skarang ni,adalah tidak seswai sekirenye ianya dipanggil bahase melayu.Lebih wajar agar ianya dipanggil Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia

Sebuah bahasa yang unik,dimana bahasa itu secare majoritinye adalah bahase melayu,dan diselitkan sedikit bahase cina dan bahase india mengikut kesesuaian.Kerana,bahase melayu itu sendiri adalah bahase ciplak.Mencampurkan semua jenis bahase yang wujud di dunia ini,mengambil yang mana mudah untuk digunakan dalam bahase melayu itu sendiri,dan menjadikkan perkataan itu perkataan bahase melayu.

Namun

Sejak akhir-akhir ini

Aku mula sedar

Walaupun aku sendiri ingin mengaku,bahawa aku juga melakukannya tanpa disedari

Bahase Malaysia itu sendiri sudah terlalu rojak dengan bahase ingeris.Mana-mana perkataan yang bagi mereka tidak ada dalam kamus-minda-sempit mereka,mereka terus menyondol bahase ingeris itu bulat-bulat dan dengan selambe kataknye menjadikan bahase itu sebahagian dari bahase Malaysia.Kalau yang berbuat sedemikian itu adalah orang bukan melayu,boleh la difahami kerana tidak semua orang bukan melayu petah berbahase melayu kerana mereka mempunyai bahase lain sebagai bahase pertuturan.Kalau dicampur-adukkan dengan bahase mereka sendiri,sudah pasti kekeliruan akan wujud.Tetapi,yang rajin buat bahase Malaysia mat salleh poyo ini bukan nye orang cina,bukannye orang india,bukannye mat siam,tapi orang melayu malaya itu sendiri.


Malas la nak cite panjang-panjang.Nanti sah kene tembak balik sebab aku akui,aku pon ade jugak terguna perkataan ingeris untuk melengkapkan ayat bahase Malaysia aku.Tapi,bukan salah aku sebab aku buat macam tu.Ini semua salah persekitaran aku yang penuh dengan mat @ minah melayu bajet blaja dkat UK 10 tahun.Dan atas alasan untuk mudah bergaul dan ketandusan warga melayu di persekitaran institusi pengajian aku,lepak je la dengan bebudak "up-trend" ni.Baru arr stylo milo biskut rendam kopi-o

Bla la wei

Negara kita ni dah nak masuk 52 tahun merdeka.Tapi,bahase kita masih lagi dijajah.





Renung-renugkanlah





p/s - Arktikel aku ni boleh mengukuhkan lagi tak kedudukan aku yang hampir setaraf dengan sasterawan agung malaya,Dato' A Samad Said?

3 suare sumbang:

puteri nur sarah berkata...

btul3!!!
setuju sgt sgt!!!
ade sorg bdk mlayu kwn i ni kan,keje speaking je 24 jam...padahal bknnye x reti ckp bahasa melayu...yg xley blah tu siap pandang rendah lg kat org yg ckp bahasa melayu...slalu gile i gaduh dgn die pasal ni...x sedar diri btul padahal die sniri org mlayu...tp nk pandang rndah kat org mlayu n bahasa melayu...poyo gile!!!!
tapi i pun terpaksa akui la kadang2 terguna jgk bhasa inggeris utk menggantikan sesetengah perkatan bm yg xtau..oleh itu...mari lah kita perbetulkan keadaan dan meartabatkan lagi bahasa melayu kita
yeah!
hahaha panjang gile kan comment mcm wat blog kat sini lak hahahaha

jumaat_asar berkata...

Numa..OMG..aku sgt terharu dgr post anda ini..aku pun klu nak tulis blog,kalau nak wat dlm bhs inggeris mst pk 2,3 kali..best sgt ke tulis english..aku akui r,english aku cam haram skit..tp watpe nak duk lame2 dpn pc sbb nak pk ayat apa sesuai kan..so bahasa melayu jgklah pilihan aku wlupun kdg2 aku gne bhs rojak a bit..see..haha
aku pun xsuke gak bace certain blog muda mudi yg nak cam nak tunjuk bi dia 1st class ngan mencarut dlm bhs inggeris kt dlm blog..klu yg bagus BI tu mmg aku respect r..tp yg ada aku bace grammar tunggang langgang,bhs kucar kacir..aku bace cam org jepun jek nak paham menatang apa dia tulis..tu lah dinamakan xnak kalah!
konklusinya,mmg apa yg ko ckp tu aku setuju..BI mmg penting,tp jgnlah smpi BM tu dipijak2,dihina2 oleh org melayu sndiri..wat karangan BM pun kdg2 terangkak2,ni ada hati nak speaking UK,US bla..bla..bla..

Ikan Lemas berkata...

@puteri - hahahaha.org camtu boley la claim warga singapura.hahaha

@rojak - yeah.tapi xpe.satu hari nnt mat salleh melayu ni phm akan pentingnye bahase melayu.jom makan rojak dkat ss19 jom.hhahaha