Pada suatu hari,sang gajah berjalan-jalan di dalam hutan yang diberi nama Hutan Simpan Belum.Sedang sang gajah asyik berjalan sambil melihat kecantikan flora,sang gajah telah disapa oleh seekor cimpanzi.
Cimpanzi itu bertanya pada gajah "Bro bro bro.Lu tau tak wa skarang kat mane?Wa rasa wa sesat la bro".Gajah pon melihat kiri dan kanan sambil berkata "Entah la.Aku pon tak tau.Yang ko panggil aku bro apesal?Sejak bile pulak mak aku lahirkan ko?"Cimpanzi menjadi sedikit berang.Terdetik dalam hatinya ingin saje menyepak laju-laju budak gemok gedempol ni.Tapi takpelah sebab lahanat ni memang beso pon.
"Alamak bro.Chillax arrr.Apsal nak ribut-ribut lak.Kang tsunami datang lu susah,wa susah,kita suma susah.Camni la bro.Wa nak tanye satu soalan lagi je bro.Soalan terakhir.Amacam?OK ke orait?"Ujar si cimpanzi sambil membuat gaya-gaya hip-hop ala-ala Eminem+50 Cent gitu.
Dengan perasaan penuh meluat,sang gajah berkata "Hah?Ape die.Cepat arr.Aku dah naik sengal dah layan ko ni.Dah la bajet hip-hop,tapi cakap bunyi bahase Sabah.Kalau dah datang dari Sabah,memang orang Sabah la kau.Takyah ar nak lebat jadi mat salleh pulak"
"Wa nak tanye lu elok-elok,lu nak melenting dengan gua lak.Lenting-lenting lepak Genting la wei"ujar si cimpanzi sambil buat muke tensen."Ni ha wa nak tanye lu.Apesal lu besar arrr?Gajah tengok lu pon cakap 'besar lahanat mamat ni,macam gajah'".
Pada keesokan hari,surat kabar Borneo Post memaparkan berita 'Seekor cipanzi mati dipijak' sebagai berita utama untuk segmen Tempatan
Ahad, September 13
Mod Pemusnahan Diri
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 6:50 PTG 0 suare sumbang
Kategorinya adalah: Pena mata otak
Khamis, Ogos 27
Tentang Kelajuan
Burung berkicau memecah kesunyian.Daun kering berterbangan di udara hasil daripada tiupan angin malam yang agak kencang.Kelihatan pokok-pokok besar yang menghiasi jalan raya,menari mengikut irama angin malam.Beginilah suasana bandar Kajang tatkala bulan tegak di atas kepala.Sebuah bandar kecil yang mati apabila jam menjarumkan dirinya ke arah pukul 10,malam.
Sedang enak sang tikus melapah sampah,kedengaran derusan eksos yang begitu nyaring.Bunyi yang datang itu bukan hanya satu,tapi dua bunyi eksos yang berbeza bunyinya.Kedua-dua motokar itu berhenti apabila lampu isyarat mengeluarkan warna tanda berhenti.Bandar Kajang bergema.Gemaan yang dihasilkan mampu membuatkan kucing tak duduk diam.Nissan Fairlady 350Z perak dan Mitsubishi Evolution Lancer XII merah saling beradu bunyi deruman enjin dan eksos sambil menunggu lampu hijau menyala.Kelihatan mereka saling mengemukan cabaran antara satu sama lain.Sudah menjadi lumrah pengguna kereta kuasa kuda besar untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat.
VROOM!
VROOOOOOOOOOM!
Petrol disia-siakan begitu sahaja tetapi bagi penggunanya,ianya bukan satu pembaziran.Ianya adalah satu kepuasan.Walaupun kereta mereka berada dalam keadaan statik,mereka tetap memijak pedal minyak supaya kereta sebelah boleh dengar bunyi enjin dan eksos mereka.Namun,pemilik kereta 350Z tidak berpuas hati dengan bunyi enjin sahaja.350Z dengan kereknye telah meningkatkan bunyi audio yang dihasilkan olehnya.Lantas lagu-lagu feng tau berkumandang di langit,walaupun 350Z itu tidak membuka tingkapnya.Jelas sistem suara 350Z memang bagus.Bunyinya yang bersih dan tiada bunyi pecah akibat pembesar suara cikai buatan China.
Mitsubishi Evolusi ke-7 kelihatan agak panas
Berbekalkan sikap tak nak kalah,Evo 7 tersebut juga dengan kereknye menenggelamkan bunyi lagu feng tau yang berkumandang dari 350Z tersebut dengan lagu besi berat (heavy metal) hasil nyanyian Koffin Khronicles.Bukan stakat itu shaja,pemandu Evo 7 itu dengan selambe mak bapak dier telah membuka pintu keretanya dengan care yang sungguh berbeza dengan kereta keluaran terus dari kilang.Pintunya dibuka dan menghala ke atas,bukan ke arah sisi.Pemandu 350Z merasa agak terkilan.Mengapa bapa beliau tidak memberinya duit lebih untuknya supaya keretanya juga dapat membuka pintu sama seperti Evo 7 tersebut.
Cakap banyak tak gune
Mai lumbe le
Itulah maksud yang cube dimaksudkan oleh kedua-dua buah kerete tersebut.Dah kalau keje kedue-due ekor berok tu nak tekan pedal minyak acapkali tapi gear neutral je,ape lagi maksudnye kan?
Lampu isyarat masih lagi berwarna merah.Tetapi ianya bakal bertukar menjadi hijau sebentar sahaja lagi.Kedua-dua Evo 7 dan 350Z semakin garang.Langsi maut wa cakap lu.Dah habis cilake dah mereka berdua.Kalau orang pekak lalu sebelah kereta mereka,pasti tidak akan pekak lagi sebab bunyi eksos mereka memang teramat amatlah sangat bingit!
TING!
VROOM! VROOOOM! KECHING!(bunyi turbo) VROOOOOOOOOOOOOOOOM!
Mereka berlepas dengan rakusnya sebaik sahaja lampu isyarat bertukar menjadi hijau.Adakah mereka sudah tidak kesah akan harge minyak yang macam lahanat dan ditambah dengan kereta mereka yang memang gampang telan minyak macam budak telan air sejuk ponteng puasa?
Tiba-tiba
Kedengaran bunyi Ding Dong Ding Dong
"AH sial la tinggal 5 minit je.Save dulu arrr game ni.Nak sambung takde duit lak.Esok je arr setelkan race ni.Bantai main 2 jam.Kompom abes punyelah"
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 6:40 PG 0 suare sumbang
Kategorinya adalah: Pena mata otak
Rabu, Ogos 26
Kebab 5 amah
Damnasi la sial
Lame la jugak aku tak kemaskini halaman lahanat ni
Nak kate malas,malas la jugak.tapi aku nak gune alasan lain.
Aku sekarang ni sudah beralih arah,beralih angin dengan menjadi seorang budak yang konon-kononnya rajin belajar
Dan atas sebab itulah aku sudah tidak mengemaskinikan laman blog aku.Walaupun aku belajar sehari tak sampai satu jam dan lepak depan komputer hampir separuh hayat aku dalam sehari
Tapi aku tetap malas nak kemaskini
Sebab sejatinya aku nak berlakon depan orang ramai bahwa aku sekarang ini adalah seorang siswa yang rajin menelaah buku ilmiah dengan harapan tidak akan mendapat jolokan Van Wilder dari rakan-rakan seperjuangan walaupun ade segelintir dari pok*mak ini telah memberi jolokan tersebut padaku
Ala keco lebey arr lu mat!
Korang sume pon Van Wilder macam aku gak!
Tapi
Ape yang pasti
Selamat buang masa di bazaar Ramadhan
Manyak syiokkk woooo
Bukan setakat dapat kurangkan pahala sebab beli makanan sampai tahap membazir
Tapi dapat kurangkan pahala ke tahap maksimum gile babs sebab dapat usha gadis-gadis cun dan seksi yang mana kalau dah tenung tu,busuk-busuk 5 saat arr mate melekat dekat satu bahagian
Dah lu pakai baju camtu,memang arr wa usha beb.bukan salah wa.salah lu
Tapi,
Lebih baik tak dapat pahala puasa daripada dapat dosa sebab tak puasa,kan?
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 6:27 PG 0 suare sumbang
Kategorinya adalah: Titah baginda
Jumaat, Julai 24
Bahasa Malaysia
Karangan ini di dalam bahasa ingeris,sekian
What the f*ck?
Maaf la rakan-rakan.aku tak mampu la nak mengarut bahase ingeris.Susah dow.Macam kene pakse makan panadol sebab sakit perut.Kalau stakat poyo-poyo nak buat lirik bahse ingeris boley ar.Itu pon bnyk ciplak lagu melayu kasi tukar,putar,sesar jadik lagu bahse ingeris.
Walaupun kapal terbang mampu terbang tanpa penumpang,namun ianya tetap tidak boleh terbang kerana penumpanglah yang membayar minyak kapal terbang tersebut
Begitulah senario yang dapat aku lihat sekarang.Same macam dengan ungkapan di atas.Walaupun ramai anak malaya,tidak kira siapa anda,mampu berbicara dalam bahase melayu,namun mereka tetap nak poyo-poyo berbahasa ingeris sebab bajet bergaye mcm mat salleh.Dan untuk membuatkan kopi Starbucks 8 ringgit itu lebih panas,sesame melayu pon nak speaking.
Ape l*ncau wei?
Budi bahasa budaya kita.Takkan korang sume tak pernah dengar perkataan tu?RTM siap buat lagu lagi gune lirik ni supaya warga malaya dan warga borneo ingat akan keutuhan bahasa kita.Bahase melayu.Namun,dalam konteks millenia skarang ni,adalah tidak seswai sekirenye ianya dipanggil bahase melayu.Lebih wajar agar ianya dipanggil Bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia
Sebuah bahasa yang unik,dimana bahasa itu secare majoritinye adalah bahase melayu,dan diselitkan sedikit bahase cina dan bahase india mengikut kesesuaian.Kerana,bahase melayu itu sendiri adalah bahase ciplak.Mencampurkan semua jenis bahase yang wujud di dunia ini,mengambil yang mana mudah untuk digunakan dalam bahase melayu itu sendiri,dan menjadikkan perkataan itu perkataan bahase melayu.
Namun
Sejak akhir-akhir ini
Aku mula sedar
Walaupun aku sendiri ingin mengaku,bahawa aku juga melakukannya tanpa disedari
Bahase Malaysia itu sendiri sudah terlalu rojak dengan bahase ingeris.Mana-mana perkataan yang bagi mereka tidak ada dalam kamus-minda-sempit mereka,mereka terus menyondol bahase ingeris itu bulat-bulat dan dengan selambe kataknye menjadikan bahase itu sebahagian dari bahase Malaysia.Kalau yang berbuat sedemikian itu adalah orang bukan melayu,boleh la difahami kerana tidak semua orang bukan melayu petah berbahase melayu kerana mereka mempunyai bahase lain sebagai bahase pertuturan.Kalau dicampur-adukkan dengan bahase mereka sendiri,sudah pasti kekeliruan akan wujud.Tetapi,yang rajin buat bahase Malaysia mat salleh poyo ini bukan nye orang cina,bukannye orang india,bukannye mat siam,tapi orang melayu malaya itu sendiri.
Malas la nak cite panjang-panjang.Nanti sah kene tembak balik sebab aku akui,aku pon ade jugak terguna perkataan ingeris untuk melengkapkan ayat bahase Malaysia aku.Tapi,bukan salah aku sebab aku buat macam tu.Ini semua salah persekitaran aku yang penuh dengan mat @ minah melayu bajet blaja dkat UK 10 tahun.Dan atas alasan untuk mudah bergaul dan ketandusan warga melayu di persekitaran institusi pengajian aku,lepak je la dengan bebudak "up-trend" ni.Baru arr stylo milo biskut rendam kopi-o
Bla la wei
Negara kita ni dah nak masuk 52 tahun merdeka.Tapi,bahase kita masih lagi dijajah.
Renung-renugkanlah
p/s - Arktikel aku ni boleh mengukuhkan lagi tak kedudukan aku yang hampir setaraf dengan sasterawan agung malaya,Dato' A Samad Said?
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 1:27 PG 3 suare sumbang
Kategorinya adalah: Titah baginda
Selasa, Julai 21
Anak Emas Tanjung Karang
HAAAAAAAA
Adakah kalian telah menyaksikan persembahan magik yang telah disampaikan oleh beliau??
Dua jaringan gol yang mantap
Dan bukan sebarang jaringan gol
Jaringan gol yang dibuat ketika menentang sebuah kelab gergasi eropah terkemuka(bak kate peminat mereka) yang bernama Manchester United
Baik Edwin Van Der Sar mahupun Scott "stupid" Carson,kedua2nya telah terpedaya dengan kelicikan anak kelahiran jawa + melayu
Malah
Ada yang dikalangan blogger bola sepak ingeris menyuruh Sir Alex Ferguson untuk memberi beliau satu percubaan untuk bermain bersama Manchester United
Dan beliau adalah pemain yang disanjungi oleh pasukan Malaysia
Dan beliau adalah pemain yang paling berkarisma dan konsisten dalam pasukan Selangor
Dan beliau bakal menolong pasukan Merah Kuning,King of Malaya untuk mara dengan lebih gah di musim ini
Dan beliau adalah
perlu ke aku sebut name brader tu?takkan korang tak kenal kot....
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 11:31 PTG 0 suare sumbang
Kategorinya adalah: King of Malaya
Khamis, Julai 16
Abad ke-21
Dunia kini kian bergolak
Peperangan meletus di segenap pelusuk bumi
Peperangan yang tercetus atas dasar tamak haloba seorang penghuni bernama manusia
Tidak kira masa,siapa dan dimana
Dunia kini kian berubah
Berubah lebih laju dari putaran bola daratan dan lautan
Berubah ke arah yang negatif
Bukan positif
Bukan yang memberi manfaat kepada rakan se-spisisnya
Malah menindas
Dan mempergunakan dan mengotak katikkan perkataan yang dipanggil keamanan dan hak asasi manusia
Bukan mereka tidak sedar perkara sedemikian adalah salah
Bukan mereka tidak tahu akan unsur2 kedamaian
Bukan mereka tidak tahu akan keburukan yang melanda jika perang tercetus
Tetapi
Jika duit menjadi pujaan
Jika pangkat menjadi kegilaan
Jika nama menjadi ukuran
Inilah hasilnya
Sebuah planet yang diberi nama bumi
Oleh isi kandung penduduknya sendiri
Yang tergila-gila akan perkataan globalisasi
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 1:20 PG 0 suare sumbang
Kategorinya adalah: Coretan minda
Jumaat, Julai 10
Spektakular
Akhirnya aku kembali ke alam dunia celoteh moden.Tempat aku boleh mengarut karut sampai larut air kelapa laut sambil mencarut.Kebangkaian terpampang di celah kuku jari hantuku yang sedang melombong emas sebab aku malas nak mengemaskini laman blog aku.Kebangkaian yang melanda telah melumpuhkan sistem saraf perkembangan minda aku.
Mungkin sebab aku tak minum Dugrow Enfa+ baru dengan DHA kot
Minda@otak aku menjadi roller coaster(takde perkataan melayu ke untuk mende alah ni?) setelah berlaku pemberontakan di satu kawasan di dalam kepala aku yang diberi nama oleh para saintis barat Medula Oblongata.Sebuah nama yang agak bergaya kalau hendak diberikan kepada nama kugiran yang rase mereka cukup sex,drugs and rock n' roll di atas pentas tetapi mendendangkan lagu pop-pop meletop kedebabom macam Lindsay Lohan,Paris "Stupid" Hilton,Skudap Skudip.
Medula Oblongata ini adalah salah sebuah komponen yang terdapat di dalam stuktur badan manusia biasa,macam aku bukan kau.Ye kau la.Yang tengah bace tu.Kewujudannya adalah sama dengan kewujudan stering kereta.Kalau stering kereta itu bukan power stearing,pasti susah nak buat side parking kan?Begitulah hendaknya fungsi Medula Oblonganta.Menyambung wayar lintar pintasnya yang lagi gempak dari fiber optik,melalui tulang belakang.Kalau tak paham,aku cakap pasal urat tunjang.
Kita ketepikan masalah Medula Oblongata ini.Sebelum aku tipu korang tentang sains yang mane aku sendiri pon gagal dalam Biologi,baik kita campak jauh2 masalah berbangkit ini
Jadi dengan itu,iaitu sekarang,bukan dulu,kini dan selamanya,aku sudah mampu untuk berfikir dengan lebih kurang unsur waras.Sebuah pemikiran yang amat diperlukan untuk menulis atau merepek sebuah kerepek kacang.Tanpanya,kucing pon mengharapkan berudu untuk merasa makanan yang diberi nama ikan.Tapi,untuk kucing,berudu bukanlah seekor ikan.Berudu adalah sejenis mercun pop pop yang mana apabila ia dibaling ke dinding,berkecailah ia.Sama macam pop pop,tapi takde bunyi letup.Yang wujud hanyalah bunyi "PEK!" setelah berlaku berlanggaran tidak simetri antara berudu dan dinding tersebut.Atau bunyi yang datang dari mulut sendiri
Namun,ape yang pasti,single baru The Times memang mantap!Hanya boleh di dengari ketika The Times melakukan persembahan siaran langsung.
SELAMAT MALAM WARGA MINIMALIS MALAYA
Dikarang oleh Ikan Lemas @ 1:35 PG 1 suare sumbang
Kategorinya adalah: Titah baginda

